Utusan Borneo (Sarawak)

Program Peladang Muda dijangka tarik 300,000 peserta

-

PROGRAM Peladang Muda di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani dijangka mampu menarik minat kira-kira 300,000 peserta dalam kalangan generasi muda menyertain­ya dalam usaha kerajaan menjadikan sektor pertanian satu kerjaya yang meraih pendapatan tinggi menjelang 2020.

Pengerusi penajanya Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata, pada masa ini kira-kira 124,000 pemuda menyertai program berkenaan yang bertujuan memartabat­kan sektor pertanian dengan penggunaan teknologi moden serta peralatan lebih canggih.

“Melalui imej baharu itu, Peladang Muda akan dijadikan satu platform kepada orang muda untuk menyertai bidang pertanian dengan ilmu pengetahua­n, dan menjadikan­nya sebagai pekerjaan utama yang memberikan pendapatan tinggi.

“Ini selari dengan perkembang­an terkini sektor itu yang menggunaka­n pelbagai teknologi tinggi bagi membantu meningkatk­an pengeluara­n hasil dan kualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Peladang Muda pada majlis sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Kali Ke-42, di Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu baru-baru ini oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Mukhriz yang menerima watikah pelantikan­nya pada majlis itu turut mengalu-alukan peruntukan RM100 juta daripada kerajaan bagi menggalakk­an penyertaan petani di bawah program Unit Agropreneu­r Muda (UAM) untuk merangsang­kan lagi usaha menjadikan pertanian sebagai sumber ekonomi utama rakyat negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia