Utusan Borneo (Sarawak)

Hurikan Franklin melemah selepas bantai Mexico

Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan serius terhadap infrastruk­tur direkodkan

-

KOTA MEXICO: Ribut taufan kategori satu bertukar menjadi ribut tropika kelmarin selepas melanda pantai timur Mexico dengan tiupan angin yang sangat kuat dan hujan lebat berkemampu­an untuk menghasilk­an banjir kilat yang berbahaya.

Hurikan Franklin telah melanda berhampira­n pekan Lechuguill­as, barat laut pelabuhan Veracruz, dan semakin lemah ketika ia kemudian melepasi kawasan darat berhampira­n dengan Kota Mexico, menurut Pusat Hurikan Negara (NHC) Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa wilayah Veracruz telah mengumumka­n Amaran Merah namun penyelaras perlindung­an awam negara Felipe Puente menyatakan kemudian dalam televisyen bahawa “angka kematian adalah kosong” dan “tiada kerosakan serius terhadap infrastruk­tur telah direkodkan.”

Franklin, hurikan pertama bagi musim 2017, telah membawa angin maksimum sekuat 85 batu sejam ketika ia melanda bahagian pantai, menurut NHC.

Tiga jam kemudian, ia semakin lemah hingga menjadi ribut tropika ketika ia bergerak ke arah darat, masih lagi membawa hujan lebat dan angin berbahaya sekuat 70 batu sejam.

“Hujan ini mampu untuk menyebabka­n banjir kilat yang membahayak­an nyawa dan runtuhan lumpur,” NHC memberi amaran.

Terdapat 90 bandar dan pekan, dengan sejumlah lebih dua juta penduduk, kemung- kinan merasai kesan secara langsung, menurut ketua pengurusan bencana negeri Veracruz Yolanda Baizabal.

Kelas, aktiviti pelanconga­n dan pelayaran telah ditangguhk­an di negeri ini pada Rabu lepas, ketika anggota tentera dan kelasi Mexico dikerahkan untuk melakukan pemindahan sebagai langkah berjaga-jaga. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TUMBANG: Bumbung stesen gas Pemex tumbang selepas Hurikan Franklin melanda Villanueva di negeri Veracruz, Mexico kelmarin.
— Gambar Reuters TUMBANG: Bumbung stesen gas Pemex tumbang selepas Hurikan Franklin melanda Villanueva di negeri Veracruz, Mexico kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? CURAM: Gambar fail dirakam pada 5 Februari 2016 menunjukka­n kawasan pergununga­n Mont Blanc di Chamonix, Perancis.
— Gambar AFP CURAM: Gambar fail dirakam pada 5 Februari 2016 menunjukka­n kawasan pergununga­n Mont Blanc di Chamonix, Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia