Utusan Borneo (Sarawak)

Dalat antara daerah pengeluar atlet sukan

-

MUKAH: Daerah Dalat merupakan antara daerah pengeluar atlet sukan dalam bidang tertentu dan terbukti sejak tahun 80-an sehingga sekarang.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah ia turut memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak.

“Kita dapat jadi pengeluar atlet terbesar di Sarawak tetapi tidak dinafikan banyak yang kita perlukan,” katanya pada Majlis Penutupan ‘Smart Champ Jati Diri 2017’ dan Perasmian Program ‘Dalat Champ 2017’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalat pagi semalam.

Katanya, ini termasukla­h kemudahan serta infrastruk­tur dan tidak lupa juga tenaga jurulatih profesiona­l dalam bidang-bidang tersebut.

“Sebab itu, kita hanya bermula dengan apa yang kita ada dan banyak sekali kekurangan­nya,” jelasnya.

Ini termasuk beberapa sukan langsung tidak mempunyai kemudahan seperti bola lisut, hoki dan beberapa sukan lain tetapi ternyata dapat menghasilk­an atlet-atlet berjaya.

Bagaimanap­un, Fatimah bersyukur atas kerjasama dan komitmen pelbagai pihak seperti Pendidikan Daerah, guru- guru, guru besar, pengetua, ibu bapa, ketua-ketua masyarakat serta masyarakat setempat secara keseluruha­nnya.

“Ini menjadi budaya kita di Dalat dan saya berharap diteruskan sampai bila-bila,” katanya.

Turut berucap Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Pegawai Pendidikan Daerah Dalat Ahli Chikba dan Pengetua SMK Dalat, Magdaline Jon.

 ??  ?? RASMI: Fatimah (dua kiri) bersama Abdul Karim (tengah) melancarka­n ‘Dalat Champ 2017’ semalam disaksikan yang lain.
RASMI: Fatimah (dua kiri) bersama Abdul Karim (tengah) melancarka­n ‘Dalat Champ 2017’ semalam disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia