Utusan Borneo (Sarawak)

Terap KBAT dalam pendidikan awal kanak-kanak

Ia mengajar kanak-kanak berfikir lebih kreatif, selesai soalan dengan pendekatan berbeza: Rosey

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) perlu diterapkan dalam kalangan kanak-kanak bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak pada usia empat hingga enam tahun.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata, KBAT mengajar anak- anak untuk berfikir lebih kreatif.

Dengan KBAT, katanya, anak-anak akan dapat menyelesai­kan apa sahaja soalan yang diberikan kepada mereka dengan pendekatan yang berbeza.

“KBAT sudah diguna pakai dalam sistem pendidikan formal kebangsaan, tetapi belum lagi di peringkat pendidikan awal kanak- kanak seperti tadika.

“Tetapi, kita berharap KBAT akan diterapkan di tadika- tadika kerana kita mahu anak-anak kita didedahkan dengan KBAT pada usia seawal mungkin sebelum memasuki pendidikan formal,” katanya ketika ditemui pada pertanding­an IQ New Maths peringkat negeri dan LCT Cup Mental Arithmetic di CityOne Megamall di sini, semalam.

Bercakap mengenai pertanding­an tersebut, Rosey berkata ini merupakan tahun kedua ia diadakan anjuran Internatio­nal Arithmetic Mathematic­s Associatio­n (IAMA).

Seramai 800 peserta tapisan kedua menyertai pertanding­an itu semalam melibatkan lebih daripada 30 tadika dari seluruh negeri bagi memilih peserta yang akan mewakili

Tetapi, kita berharap KBAT akan diterapkan di tadika-tadika kerana kita mahu anak-anak kita didedahkan dengan KBAT pada usia seawal mungkin sebelum memasuki pendidikan formal. Rosey Yunus Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Sarawak ke peringkat kebangsaan pada tahun depan di Melaka.

Sarawak dalam pada itu melakar kejayaan apabila muncul pemenang kebang- saan bagi Pusat Terbaik pada pertanding­an peringkat kebangsaan di Melaka, 28 Mei lepas.

Tadika Krista Stapok membanggak­an Sarawak apabila memenangi tempat empat terbaik peringkat kebangsaan dalam pertanding­an IQ New Maths dan memenangi Anugerah Pusat Terbaik 2017 dan Anugerah Guru Terbaik 2017.

Manakala, Tadika Krista Pelita Height memenangi anugerah premium dalam LCT Cup Mental Arithmetic Antarabang­sa dan Kebangsaan 2017.

Pertanding­an yang berlangsun­g semalam memerlukan para peserta menggunaka­n KBAT dalam menyelesai­kan ujian yang diberikan.

Turut hadir pada pertanding­an itu semalam, Naib Presiden IAMA Taiwan Lin Ching Tang, Naib Presiden IAMA Malaysia Adrian Lee dan Naib Presiden IAMA Malaysia Timur Loura Vun.

 ??  ?? TERTARIK: Loura (kiri) menerangka­n kepada Rosey (tengah) bagaimana pertanding­an dijalankan semalam.
TERTARIK: Loura (kiri) menerangka­n kepada Rosey (tengah) bagaimana pertanding­an dijalankan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia