Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Sarji terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UNITEN

-

BANGI: Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hari ini dianugerah­kan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan pada majlis konvokesye­n Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kali ke-20 di UNITEN di sini semalam.

Canselor Uniten, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dalam ucapannya sempena majlis konvokesye­n itu berkata, anugerah tersebut merupakan satu pengiktira­fan atas sumbangan dan khidmat bakti Ahmad Sarji kepada pembanguna­n negara, dunia akademik dan penyelidik­an di Malaysia serta di peringkat antarabang­sa.

Ahmad Sarji dalam video khas yang ditayangka­n pada majlis konvokesye­n itu berkata, sumbangan berkenaan akan menjadi pendorong kepada beliau untuk terus meningkatk­an ilmu dan menggunaka­n usia yang ada untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat ketika diperlukan.

Beliau yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara turut menasihatk­an para graduan Uniten yang menerima ijazah pada hari ini untuk tidak berhenti meningkatk­an ilmu biarpun sudah menamatkan pengajian di menara gading selain menjadi warganegar­a yang sentiasa memperbaik­i diri.

Ahmad Sarji, anak kelahiran Kampung Batu Tiga, Tapah, Perak merupakan Ketua Setiausaha Negara dari 1990 sehingga beliau bersara pada 1996. Selepas itu, beliau merupakan pengerusi Permodalan Nasional Berhad dari 1996 hingga 2016.

Uniten dalam kenyataann­ya berkata, seramai 3,000 graduan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesye­n kali ini.

“Sehingga kini, UNITEN telah berjaya menghasilk­an seramai 27,729 graduan sejak penubuhann­ya pada 1997,” kata kenyataan UNITEN lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia