Utusan Borneo (Sarawak)

3 prinsip penentu kejayaan perjuangan UMNO, BN

Perjuangan berasaskan balas dendam, kekecewaan dan material pasti akan menemui kegagalan: PM

-

MACHANG: Roh perjuangan yang ikhlas untuk rakyat, barisan kepimpinan yang padu dan wala kepada pemimpin adalah tiga prinsip utama yang menentukan kejayaan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebaliknya, perjuangan yang berasaskan balas dendam, kekecewaan dan material pasti akan menemui kegagalan.

“Kalau perjuangan itu berdasarka­n roh perjuangan yang suci untuk melakukan sesuatu yang terbaik, maka insya- Allah akan berkat perjuangan kita,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat dan pelancaran Projek Perumahan Rakyat ( PPR) Parlimen Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang, di sini, semalam.

Najib yang juga Presiden

Kalau perjuangan itu berdasarka­n roh perjuangan yang suci untuk melakukan sesuatu yang terbaik, maka insya-Allah akan berkat perjuangan kita.

UMNO turut berharap akan berlaku perubahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke- 14 berbanding pilihan raya sebelum ini memandangk­an sokongan terhadap UMNO dan BN di negeri itu bertambah baik.

Sementara itu, Najib berkata sebanyak 418 unit rumah PPR dengan kos RM75 juta yang sedang dibina di Kampung Batu 25 di sini, dijangka siap pada awal 2019.

Beliau berkata PPR berkenaan yang merupakan antara lapan projek yang sedang dan telah siap dilaksanak­an di Kelantan, adalah sebahagian daripada janji be- liau kepada rakyat Machang beberapa tahun lepas.

Beliau berkata setiap unit rumah PPR itu dijual pada harga RM35,000 seunit dengan subsidi antara RM80,000 dan RM120,000 ke atas ditanggung kerajaan berdasarka­n kos pembinaan dan harga tanah bagi sesebuah PPR.

“Kerajaan persekutua­n melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Kelantan. Sebagai Perdana Menteri saya tidak pernah amalkan dasar menghukum rakyat Kelantan, kalau diukur dari segi peruntukan saya beri lebih daripada pemimpin yang terdahulu.

“Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan jumlah peruntukan yang diluluskan kepada Kelantan hanya RM3.7 bilion manakala pada Rancangan Malaysia Ke-11 peruntukan­nya berjumlah RM12.87 bilion, hampir empat kali ganda,” katanya.

Antara pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan persekutua­n di Kelantan ialah lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, projek perumahan, hospital, jambatan baharu serta membina dan membaik pulih masjid.

Pada majlis itu, Najib turut merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Machang.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. — Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? MENANDATAN­GANI PLAK: Najib (tengah) menandatan­gani plak perasmian bangunan baharu Hospital Jeli pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Hospital Jeli, semalam.
— Gambar Bernama MENANDATAN­GANI PLAK: Najib (tengah) menandatan­gani plak perasmian bangunan baharu Hospital Jeli pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di pekarangan Hospital Jeli, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia