Utusan Borneo (Sarawak)

Sertai aktiviti sukan di Choice Supermarke­t Group

-

KUCHING: Choice Supermarke­t Group dengan kerjasama Wish Diaries (M) Sdn Bhd menganjurk­an aktiviti bersukan di Choice Astana bersempena dengan SEA Games ke-29 yang diadakan di Kuala Lumpur sepanjang bulan Ogos ini.

Bermula semalam, setiap minggu pihaknya akan menyediaka­n pelbagai sukan yang berbeza bagi menarik penyertaan pengunjung dan peluang untuk menang hadiah menarik.

Antara lain ia bertujuan menyemarak­kan semangat dengan mengadakan aktiviti pada setiap minggu selain mempromosi­kan produk Wish Diaries (M) Sdn Bhd.

Melaluinya dipercayai berupaya mengutuhka­n jalinan silaturahi­m di kalangan pembeli, pembekal dan kakitangan Choice Astana yang mana merupakan program yang dianjurkan di bawah Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Choice Supermarke­t Group.

Antara sukan yang dianjurkan pihaknya adalah bola keranjang, Wheel of Fortune, pertanding­an memakan aiskrim selain pengunjung juga boleh melawat pempamer terpilih daripada 100 Plus, Red Bull, Haryana Rice dan Anlene.

Promosi mingguan dan bulanan bagi barangan terpilih turut dijalankan bermula 12 Ogos sehingga Hari Malaysia dan Hari Raya Aidiladha yang turut dijalankan di enam lagi cawangan tersebut iaitu Choice Pasaria, Choice Premier, Choice Bazaria, Choice Ria dan Choice Daily.

Cabutan bertuah turut disediakan bagi pembelian RM20 ke atas selain dengan setiap pembelian Beras Haryana akan mendapat baucar diskaun perubatan bernilai RM99 yang sah.

Majlis telah dirasmikan oleh Eksekutif Peruncitan Kumpulan Choice Supermarke­t Group, Abdul Karim Jahidin.

Turut hadir Pengarah Choice Supermarke­t Group, Selina Hon dan wakil Wish Dairies (M) Sdn Bhd, Raymond Liew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia