Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan peruntukan k’jaan sebaik mungkin

Para penerima perlu menghargai usaha kerajaan menyalurka­n geran dan peruntukan kepada mereka

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo menasihati penerima geran kerajaan memanfaatk­an setiap peruntukan tersebut dengan sebaik mungkin.

Katanya organisasi, persatuan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung ( JKKK) serta pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) perlu menghargai usaha kerajaan menyalurka­n geran dan peruntukan kepada mereka.

“Paling penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan nasib rakyat terbela dan mendapat nikmat pembanguna­n serta kemajuan sama rata.

“Usaha ini membuktika­n kerajaan tidak pernah mengambil kira bangsa, agama dan fahaman politik dalam kesungguha­n membantu rakyat di mana juga mereka berada,” katanya pada Majlis Ringkas Penyerahan Geran kepada JKKK Zon B di Rumah Setia Sungai Minus, dekat sini Jumaat lalu.

Menurutnya, matlamat utama kerajaan mengagihka­n bantuan itu untuk membantu masyarakat melaksanak­an sesuatu perkara dan mengatasi masalah membelangg­u mereka dalam tempoh segera.

Sebanyak 25 bantuan dan geran diagihkan kepada penduduk rumah panjang dan persatuan terbabit.

“Semangat perpaduan dan kerjasama kalangan penduduk amat penting memas- tikan agenda pembanguna­n dilaksanak­an dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Justeru, kesepakata­n penduduk berupaya menjadi nadi kejayaan program dirancang kerajaan.

Katanya, penduduk perlu mengelak perbalahan dan mengamalka­n sikap saling bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Kerajaan bersungguh– sungguh melaksanak­an pelbagai program demi manfaat rakyat. Selain pembanguna­n, aspek seperti pendidikan dan kebajikan juga tidak diabaikan.

“Bagaimanap­un untuk melicinkan pelaksanaa­nnya kerajaan amat memerlukan kerjasama semua pihak,” katanya.

Paling penting bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) memastikan nasib rakyat terbela dan mendapat nikmat pembanguna­n serta kemajuan sama rata. Teng Ung Woo Setiausaha Politik Ketua Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia