Utusan Borneo (Sarawak)

MQA semarakkan Hari Kebangsaan dengan pelbagai aktiviti

-

CYBERJAYA: Lebih 300 warga Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan keluarga masing- masing menyertai program MQA Patriotik Sehati Sejiwa sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 di pekarangan Bangunan Mercu agensi itu di sini semalam.

Majlis pelepasan kayuhan basikal patriotik sejauh enam kilometer yang merupakan satu daripada aktiviti bagi memeriahka­n dan menyemarak­kan ulang tahun kemerdekaa­n tanah air serta menzahirka­n rasa cinta pada tanah bertuah ini itu, disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.

Rujhan, yang turut menyertai kayuhan itu dengan menggayaka­n bendera Malaysia berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk mengukuhka­n jati diri dalam kalangan warga MQA terhadap kecintaan dan kesetiaan kepada Malaysia serta mengekalka­n perpaduan antara kaum di negara ini.

“Program berbasikal itu amat menarik dengan semua peserta memakai dan menghias basikal masing-masing dengan Jalur Gemilang sekali gus menarik perhatian orang ramai.

Ini merupakan inisiatif kita untuk menganjurk­an aktiviti yang mengikut cita rasa semasa anak muda dan pada masa yang sama menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan peserta,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di program itu.

Selain kayuhan basikal patriotik, warga MQA dan keluarga mereka juga memperagak­an pakaian fesyen Jalur Gemilang serta tentera Malaysia untuk menyertai Fun Walk serta menyertai pertanding­an Basikal Berhias Patriotik, Lukisan KanakKanak dan Nyanyian Lagu Patriotik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia