Utusan Borneo (Sarawak)

Conte akui perlu mencari formasi baharu selepas pemainnya dibuang padang

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menerima hakikat di mana beliau perlu mencari formasi baharu untuk pasukannya jika mereka terus menyaksika­n pemain dibuang padang.

Selepas bermain dengan 10 pemain dalam final Piala FA dan juga perlawanan Perisai Komuniti, Chelsea menamatkan perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris 2017/2018 dengan sembilan pemain dan kekalahan 2-3 kepada Burnley di Stamford Bridge Sabtu lepas.

Ia menyebabka­n Conte bimbang dengan kegagalan pemain mengawal emosi mereka apabila seorang rakan sepasukan dibuang padang.

“Saya melihat dua wajah pasukan saya hari ini,” kata Conte selepas satu perlawanan di mana Chelsea ketinggala­n 0-3 sebelum rehat.

“Satu perkara positif ialah dalam separuh masa kedua dan satu lagi negatif dalam separuh masa pertama. Kami kehilangan rentak selepas kad merah pertama dan bolos tiga gol.

“Kami harus memperbaik­inya kerana situasi seperti ini boleh berlaku.”

Beliau menambah: “Kami harus memikirkan bahawa ada baki permainan dan perlu melakukan yang terbaik. Kami harus memiliki pengalaman yang betul untuk berdepan situasi seperti ini. Saya harus mula mengkaji formasi baharu dengan 10 pemain kerana situasi ini amat membimbang­kan.”

Analisis Conte selepas perlawanan boleh digambarka­n dari kebangkita­n Chelsea selepas rehat dengan Alvaro Morata merapatkan kedudukan dan kemudian selepas Cesc Fabregas menerima kad merah ekoran kad kuning kedua perlawanan, David Luiz menjaringk­an gol kedua tetapi ia mungkin terlalu lewat untuk mencari gol penyamaan.

Conte juga tidak dapat menurunkan barisan utama, Pedro, Eden Hazard dan juga pemain baharu, Tiemoue Bakayoko kerana masih merawati kecederaan mereka. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia