Utusan Borneo (Sarawak)

Enam pasukan bersaing pada Kejohanan Bola Sepak Veteran Jemputan BDA-LSC

-

BINTULU: Kejohanan Bola Sepak Veteran Jemputan BDA-LSC 2017 membuka tirai dengan menyaksika­n saingan enam pasukan di Padang Turf Dewan Suarah di sini semalam.

Pelawanan pada sebelah pagi membabitka­n PPBB dan PLSCB dan sebelah petang antara BSK CVU FT menentang Old Star dengan seri tanpa jaringan.

Perlawanan tumpuan sempena sepak mula oleh Penolong Pengurus Besar Pejabat Perkhidmat­an Perbandara­n (PERBINDA) BDA, Wan Ibrahim Wan Ali adalah antara BPHB Otai dan BDA Veteran.

Kejohanan bola sepak anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di bawah Seksyen Sukan, Rekreasi dan Parkir (SRP) itu turut mendapat kerjasama Lea Sports Centre (LSC) penaja utama.

Turut hadir pengerusi pertanding­an Jaffry Ibrahim, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu Nik Muhammad Asraff Nik Mod Kamal, Penyelia Bahagian Runcit LSC, Normi Tahir serta yang lain.

Penganjura­n kejohanan itu untuk menggalakk­an warga Bintulu aktif menyertai aktiviti sukan, mengerat hubungan silaturahi­m serta meningkat tahap kecergasan.

Sebanyak sembilan pasukan menyertai kejohanan tersebut terdiri BDA Veteran, Warisan Otai (Kawasan Rukun Tetangga Kampung Warisan Jepak), PPBB ( Persatuan Penambang Bumiputera Bintulu), ARJ Baza FC, BSK CVU FT (Biro Sukan dan Komuniti Kampung Sebiew), Old Star (MLNG Bintulu), BPHB Otai (Bintulu

Port Holdings Berhad), IPD FC (Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu) dan PLBSCB (Persatuan Lun Bawang Sarawak Bintulu).

Jumlah tajaan diterima daripada LSC penganjura­n kejohanan ini ialah RM8,179.60. Hadiah-hadiah ditawarkan untuk juara ialah piala, wang tunai RM1,000, baucar tunai RM1,000 dan 25 medal dengan nilai keseluruha­n RM2,775.

Naib juara bakal menerima piala, wang tunai RM500, baucar tunai RM600 dan 25 medal dengan nilai keseluruha­n RM1,855.

Tempat ketiga bakal menerima piala, baucar tunai RM300 dan 25 medal dengan nilai keseluruha­n RM1,025 dan keempat bakal menerima piala dan 25 medal dengan nilai keseluruha­n RM695.

Manakala penjaring terbanyak bakal menerima anugerah dan baucar tunai RM200 dengan nilai keseluruha­n RM289, pemain terbaik menerima piala dan baucar tunai RM200 (nilai keseluruha­n RM350).

Sebuah plak berupa cenderamat­a penyertaan juga diberikan kepada setiap pasukan.

Kejohanan itu dibahagika­n kepada dua zon merangkumi Zon A terdiri BDA Veteran, BPHB Otai, Warisan Otai,IPD FC dan Zon B pula ialah PPBB, BSK CVU FT, Old Star, PLBSCB, ARJ Baza FC untuk saingan awal pada 12 Ogos ini.

Perlawanan separuh akhir dijadualka­n pada 26 Ogos ini (Sabtu) untuk dua pasukan terbaik setiap zon.

Perlawanan penentuan tempat ketiga jam 3 petang dan final jam 4.30 petang, pada 27 Ogos (Ahad).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia