Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA LELAKI TERBABIT PERGADUHAN DITAHAN

BUKTI: Sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian pergaduhan terbabit dirampas untuk membantu siasatan.

-

SIBU: Tiga lelaki terbabit dalam insiden pergaduhan di sini malam kelmarin ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdulah ketika mengesahka­n perkara tersebut memberitah­u, semua mereka berusia antara 32 hingga 39 tahun.

Saiful berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 malam di sebuah rumah sewa di Jalan Fuchoow di sini.

Menurutnya, sebelum kejadian salah seorang suspek berusia 32 tahun dan berada dalam pengaruh alkohol membuat bising.

Perbuatann­ya itu ditegur dua lelaki lain yang ketika itu sedang berbual selain turut menasihati suspek supaya pulang ke rumah.

“Mungkin tidak berpuas hati dengan kedua-dua lelaki itu, suspek beredar dan tiba-tiba muncul kembali lalu menyerang mereka dengan batang besi,” katanya.

Menurut Saiful, kedua-dua lelaki terbabit kemudianny­a bertindak balas dan menyerang suspek menggunaka­n parang.

Serangan tersebut menyebabka­n suspek pengsan selain turut mengalami luka parah di kepala.

Manakala salah seorang daripada lelaki yang melakukan serangan balas tersebut hanya luka ringan di bahagian siku dan dahi.

Suspek kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatka­n rawatan.

Dalam pada itu, pasukan penyiasat membawa salah seorang penyerang berusia 39 tahun melawat semula lokasi kejadian.

Sebilah parang dipercayai digunakan dalam insiden pergaduhan itu dirampas untuk membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 326/160 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia