Utusan Borneo (Sarawak)

CETUS INSPIRASI GENERASI MUDA

Sumbangan atlet-atlet wanita arena sukan dihargai dalam ‘Sarawak Women In Sports’

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Buku ‘Sarawak Women In Sports’ terbitan Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak merupakan dokumentas­i sangat baik mengenai sumbangan atlet-atlet wanita dalam sejarah arena sukan Sarawak.

Justeru, ia sewajarnya mendapat pujian daripada personalit­i sukan wanita yang telah mengharumk­an nama Sarawak di persada dunia.

Atlet paralimpik negara, Batricia Richael Sentau berkata penerbitan buku itu sekurang-kurangnya menunjukka­n perjuangan mereka dalam arena sukan dihargai dan diingati.

“Saya berasa sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada personalit­i sukan wanita di dalam buku ini.

“Dengan ini, segala sumbangan dan usaha kami dapat diketahui oleh generasi baharu nanti,” kata atlet lempar cakera, lontar peluru dan lembing yang pernah memenangi pingat perak pada Kejohanan Dunia di Bengaluru, India itu.

Bekas jaguh olahraga wanita Sarawak pada 1955 hingga 1960, Rosalind Anding turut tidak menyangka sumbangann­ya dalam sukan Sarawak masih diingati setelah sekian lama bersara.

“Saya ingatkan sumbangan saya dalam sukan ini sudah dilupakan... tidak sangka ia masih diingati dan saya bersyukur kerana diberikan pengiktira­fan dalam penerbitan buku ini,” katanya.

Manakala bekas ratu renang Sarawak, Tania Bugo berharap buku tersebut akan memberi inspirasi kepada kalangan generasi muda Sarawak bukan sahaja wanita untuk mencapai kejayaan dalam sukan.

“Penerbitan buku ini sangat baik dan saya berharap dapat memberi galakan kepada atlet-atlet muda kita untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Batricia, Rosalind dan Tania ditemui sempena Majlis Apresiasi Personalit­i Buku ‘Sarawak Women In Sports’... their achievemen­ts, nation’s pride yang disempurna­kan oleh Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah di sini semalam.

Buku tersebut bakal dilancarka­n se m p e n a sa m b u - tan Hari Wanita 2 0 1 7 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada 26 Og o s ini.

Penerbitan buku ini sangat baik dan saya berharap dapat memberi galakan kepada atlet-atlet muda kita untuk melakukan yang terbaik. Tania Bugo Bekas ratu renang Sarawak

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH:
TAHNIAH:
 ??  ?? Rosalind (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Fatimah sempena Majlis Apresiasi Personalit­i Buku ‘Sarawak Women In Sports’ di Kuching semalam. TANIA BUGO
Rosalind (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Fatimah sempena Majlis Apresiasi Personalit­i Buku ‘Sarawak Women In Sports’ di Kuching semalam. TANIA BUGO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia