Utusan Borneo (Sarawak)

20 BAKAL PELAUT ALAMI GELORA SEBENAR ‘FORCE 7’

- Oleh Borhaniza Ali Basah Gambar sumbangan Raduan Serap

PENGALAMAN menjalani latihan pelayaran jarak jauh dari Kuching ke Pulau Tioman di atas kapal MV Bahtera Laut memberikan gambaran awal kepada peserta latihan Jabatan Laut Sarawak dan pelatih Institut Kemahiran MARA (IKM) mengenai situasi sebenar yang ditempuhi oleh insan bernama ‘pelaut’.

Pengalaman mengikuti latihan pelayaran jarak jauh anjuran Unit Hal Ehwal Pelaut Jabatan Laut Sarawak itu dikongsi bersama oleh Raduan Serap selaku penyelia pelayaran dan juga merupakan Pegawai Navigasi dan Pegawai Marin.

Beliau berkata, menerusi program ini, ia memberi pendedahan kepada peserta latihan mengenai situasi sebenar ketika berada di atas lautan. Malah, para peserta juga didedahkan dengan pengetahua­n serta kemahiran yang diperlukan untuk mengendali­kan kapal dalam situasi tertentu.

Menurut Raduan, program yang diadakan pada 11 Julai lalu disertai oleh 10 peserta latihan Jabatan Laut Sarawak, 10 pelatih IKM dan 20 krew kapal.

Kapal bertolak dari Muara Tebas, Kuching jam 1 petang dengan kelajuan 13Knot dan melalu Tanjung Po, Pulau Talang-Talang, sebelum sampai di Tanjung Datu lebih kurang jam 6.30 petang.

Pelayaran dari Kuching ke Tioman mengambil masa jarak perjalanan kira-kira 38 jam (1 hari 14 jam) dengan purata kelajuan kapal adalah 13 batu nautika sejam.

Pelayaran jarak jauh seperti ini memerlukan kecekapan krew dek dan enjin. Pada masa sama bekalan minyak dan air bersih termasuk makanan haruslah mencukupi, katanya.

Kapal mempunyai ruang peyimpanan makanan dan pendingin yang agak luas dan stor makanan untuk tempoh 20 hari tanpa mendapatka­n bekalan sepanjang pelayaran, mempunyai kemudahan membawa bekalan air bersih 60 tan dan bekalan minyak diesel maksimum 120 tan.

Raduan menerangka­n, sepanjang pelayaran itu, aspek yang harus diberi perhatian ialah navigasi yang bermaksud proses pemantauan dan mengawal kedudukan kapal supaya berada dalam keadaan selamat dan sampai ke destinasi yang ditujui dengan memastikan kapal berada atas ‘track passage planning’ yang dibuat oleh nakhoda.

“Jarak pelayaran melangkaui lebih kurang 500Nm (900 kilometer) adalah satu jarak yang agak jauh dan melalui keadaan lautan yang tidak menentu.

“Logiknya, keadaan di atas laut tidak sama seperti di atas daratan, kerana laut yang tenang boleh bertukar menjadi ribut, hujan lebat dan bergelora,” katanya.

Semasa melalui Tanjung Datu, keadaan laut dalam keadaan baik mengikut skala ‘force 1’. Bagi se- orang pelaut, detik yang paling mencabar adalah apabila berhadapan dengan cuaca buruk pada skala force 6 dengan angin selaju mencecah 50m/s dan gelombang setinggi hingga 5.0 meter.

“Keadaan ini boleh diketahui dengan membuat perkiraan kelajuan angin dan keadaan laut yang bergelora,” jelas beliau.

Sementara itu, sekitar jam 8.30 malam, keadaan laut mula berubah menjadi bergelora dan angin bertiup pada kelajuan 40km/j.

Keadaan bertambah buruk disusuli dengan hujan lebat sehingga cuaca dan keadaan laut mencapai force 5 yang menyebabka­n kapal menempuh gelom- bang setinggi 3.5 meter.

Pada waktu ini, kekuatan mental dan fizikal kesemua krew dan pelatih teruji di mana ramai peserta telah mula merasai tekanan berada di laut dan gelombang.

Menurut Raduan, pada waktu itu jugalah sistem mengemudi/navigasi kapal bergantung sepenuhnya kepada bantuan radar dan GPS, serta sudah semestinya ilmu pelayaran yang dimiliki turut memainkan peranan penting.

Keadaan laut mula reda pada keesokan harinya (12 Julai) sekitar jam 7.30 pagi dengan skala force 3.

Bagaimanap­un, kira-kira jam 9 pagi, awan menjadi kehitaman menandakan cuaca buruk bakal melanda. Seperti yang dijangkaka­n, hujan lebat dan angin kencang melanda sekitar jam 10 pagi hingga mencetuska­n ombak besar setinggi 6 meter.

Keadaan ini telah memasuki force 7, menyebabka­n ramai peserta rebah dan mabuk laut.

Setelah menempuhi laut bergelora dan detik mencemaska­n, kapal akhirnya merintasi laluan utama kapal keluar masuk selat Singapura sekitar jam 5petang.

Raduan menegaskan bahawa semasa memasuki laluan terse- but, ia memerlukan kupayaan pelayar yang tinggi untuk menilai dan mengenal pasti kemungkina­n wujud risiko kemalangan lebih-lebih lagi semasa dalam keadaan ‘crossing situation’ dengan kapal lain.

“Pemerhatia­n dan tambahan jumlah peninjauan amatlah penting dengan menggunaan alat bantuan pelayaran yang ada di atas kapal,” ujarnya.

Keadaan laut yang kembali reda membantu mereka untuk menghampir­i kawasan Pulau Tioman. Pada jam 11.45 malam kapal telah melabuhkan sauh (anchor) dan membuat keputusan untuk merapat jeti di Tanjung Satang, Pulau Tioman pada keesokan harinya (13 Julai).

Bagaimanap­un, pelayaran kembali ke Kuching pada 18 Julai berjalan dengan lancar kerana sepanjang perjalanan pulang, keadaan cuaca dalam keadaan baik dengan skala force 3. Kapal tiba Di Kuching pada 20 Julai jam 3 petang.

Selain itu, Raduan memberitah­u, semasa dalam pelayaran pergi dan balik turut diadakan adalah taklimat mengenai latihan kecemasan dan keselamata­n dan ‘abandon drill’ kepada semua pelatih bagi memastikan mereka terbiasa dengan peralatan keselamata­n.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Krew kapal bergambar kenangan bersama pelatih semasa di atas kapal MV Bahtera Laut.
UNTUK KENANGAN: Krew kapal bergambar kenangan bersama pelatih semasa di atas kapal MV Bahtera Laut.
 ??  ?? GAH: Kapal laut MV Bahtera Laut yang digunakan untuk berlayar ke Pulau Tioman.
GAH: Kapal laut MV Bahtera Laut yang digunakan untuk berlayar ke Pulau Tioman.
 ??  ?? CABARAN MENANTI: Kelihatan cuaca buruk berada tepat pada laluan kapal.
CABARAN MENANTI: Kelihatan cuaca buruk berada tepat pada laluan kapal.
 ??  ?? TELITI: Kelihatan seorang krew kapal sedang merancang perjalanan kapal semasa dalam pelayaran menuju ke Pulau Tioman.
TELITI: Kelihatan seorang krew kapal sedang merancang perjalanan kapal semasa dalam pelayaran menuju ke Pulau Tioman.
 ??  ?? BERPENGALA­MAN: Raduan (depan, dua kiri) bersama krew kapal MV Bahtera Laut.
BERPENGALA­MAN: Raduan (depan, dua kiri) bersama krew kapal MV Bahtera Laut.
 ??  ?? KECEMASAN: Sesi latihan menyelamat mangsa yang cedera ketika di atas kapal turut diadakan.
KECEMASAN: Sesi latihan menyelamat mangsa yang cedera ketika di atas kapal turut diadakan.
 ??  ?? SANTAI: Program taklimat dan santai bersama krew dan pelatih.
SANTAI: Program taklimat dan santai bersama krew dan pelatih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia