Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah hutan diwarta TPA

Penerokaan, penyelidik­an diteruskan bagi kenal pasti kawasan perlu dilindungi sepenuhnya

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Kerajaan Sarawak meneruskan penerokaan dan penyelidik­an termasuk kajian sainstifik di hutan-hutan semula jadi seluruh negeri ini bagi mengenal pasti kawasan perlu dilindungi sepenuhnya daripada sebarang pembanguna­n termasuk aktiviti ekonomi.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata Sarawak masih perlu menambah sekurangku­rang 200,000 hektar kawasan hutan untuk diwartakan sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).

“Kita meletakkan sasaran satu juta hektar kawasan hutan semula jadi dilindungi sepenuhnya (TPA) bagi menjaga dan memulihara alam sekitar dan alam semula jadi, biodiversi­ti serta kelangsung­an hidup masyarakat sekeliling.

“Ketika ini kita sudahpun mewartakan seluas 800,000 hektar kawasan hutan semula jadi sebagai TPA dan masih ada sekurang-kurangnya 200,000 hektar lagi,” katanya pada pelancaran Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2017, di sini malam kelmarin.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Kita meletakkan sasaran satu juta hektar kawasan hutan semula jadi dilindungi sepenuhnya ( TPA) bagi menjaga dan memulihara alam sekitar dan alam semula jadi, biodiversi­ti serta kelangsung­an hidup masyarakat sekeliling. Datu Len Talif Salleh Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

Turut hadir Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Gala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau serta ketua ekspedisi, Datuk Profesor Emeritus Dr Mohamed Abdul Majid.

Len mencadangk­an agar Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan pengkaji melakukan penyelidik­an dua kali setahun bagi membolehka­n lebih banyak penerokaaa­n dilakukan dan penemuan dapat direkodkan bagi melindungi sumber asli dan alam semula jadi tersebut.

Mengenai kehadiran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing datang ke negeri ini untuk mendapatka­n maklumat atau melakukan kajian, Len berkata: “Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah berkongsi maklumat jika mereka datang dengan saluran betul.

“Sebaliknya, apa dikesalkan terdapat segelintir NGO memasuki negeri ini secara haram dan tidak menggunaka­n saluran betul mendapatka­n maklumat serta melakukan ‘penyelidik­an’ mereka yang secara tidak langsung memberi gambaran kurang tepat terhadap usaha-usaha kerajaan negeri serta maklumat tidak sah diperolehi.

“Kalau mereka datang dari ‘pintu depan’ mendapatka­n maklumat kita amat mengalualu­kan kehadiran mereka dan tidak ada masalah bekerjasam­a dan bukannya masuk ke negeri ini menerusi ‘pintu belakang’ untuk mendapatka­n maklu- mat,” jelasnya.

Sementara itu, Ekspedisi Saintifik Tama Abu 2017 itu merupakan kelima diusahakan oleh JHS bersama kumpulan pakar dan penyelidik dalam dan luar negara di bawah program ‘Heart of Borneo’ (HoB) Sarawak.

Pengarah Hutan Sarawak Sapuan Ahmad berkata untuk ekspedisi tahun ini seramai 93 saintis dan pakar menyertain­ya, terdiri daripada pelbagai institut kerajaan, universiti dan NGO dari seluruh negara termasuk United Kingdom, Australia, China, Denmark dan Brunei.

 ??  ??
 ??  ?? UNIK: Len (lima kiri) menerima cenderamat­a unik daripada Sapuan sambil disaksikan Dennis (empat kiri), Gerawat (enam kiri), Mohamed (dua kanan) dan Timbalan Pengarah JHS Jack Liam (kanan) di Miri malam kelmarin.
UNIK: Len (lima kiri) menerima cenderamat­a unik daripada Sapuan sambil disaksikan Dennis (empat kiri), Gerawat (enam kiri), Mohamed (dua kanan) dan Timbalan Pengarah JHS Jack Liam (kanan) di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia