Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Sarawak terus memerangi kegiatan judi

-

KUCHING: Polis Sarawak terus memerangi kegiatan judi di 12 daerah negeri ini sepanjang tempoh minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Datuk Dev Kumar dalam kenyataann­ya berkata polis telah menjalanka­n 30 serbuan membantera­s judi haram dalam tempoh 7 hingga 13 Ogos lalu yang membawa kepada penahanan 66 individu.

Jelasnya, sebanyak 23 serbuan daripada jumlah tersebut adalah terhadap aktiviti penjualan loteri (4D) haram.

“Dalam operasi tersebut, seramai 31 individu ditahan dan polis merampas wang tunai berjumlah RM9,943 selain beberapa telefon bimbit, slip pertaruhan, kalkulator dan pencetak,” katanya.

Selain judi 4D, polis turut menahan 28 individu kerana terlibat dalam kegiatan judi siber di Miri, Sri Aman dan Lubok Antu yang membawa kepada rampasan terhadap 60 unit komputer, tablet yang digunakan untuk kegiatan judi siber dan wang RM2,465.

Menurutnya serbuan juga dijalankan di bawah Jambatan Tun Salahuddin, Kampung Bintawa dekat sini dan berjaya menahan tujuh orang kerana berjudi di tempat awam.

Beliau menambah, daripada jumlah orang yang ditahan itu berusia antara 18 hingga 65 tahun melibatkan 47 lelaki dan manakala bakinya perempuan.

Kesemua yang ditahan disiasat atas kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dev berkata operasi memerangi kegiatan judi di Sarawak akan diteruskan dari semasa ke semasa.

 ??  ?? BANTERAS JUDI: Anggota polis melakukan serbuan terhadap aktiviti perjudian di bawah Jambatan Tun Salahuddin di Kampung Bintawa.
BANTERAS JUDI: Anggota polis melakukan serbuan terhadap aktiviti perjudian di bawah Jambatan Tun Salahuddin di Kampung Bintawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia