Utusan Borneo (Sarawak)

SSM jangka lebih banyak pendaftara­n syarikat perniagaan dalam talian di S’wak

-

KUCHING: Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) yang kini beroperasi di pejabat baharu mereka di City Square, Jalan Pending menjangkak­an lebih banyak pendaftara­n syarikat terutama daripada sektor perniagaan dalam talian di negeri ini.

Pengerusi SSM Datuk Seri Jamil Salleh berkata jangkaan itu mampu dicapai dengan kerjasama rapat pihaknya dengan kerajaan negeri yang kini bergerak ke arah ekonomi digital.

“Dengan adanya pejabat baharu di Kuching ini yang strategik dan pendaftara­n syarikat yang lebih sistematik kita boleh menjangkak­an pertambaha­n jumlah syarikat baharu didaftarka­n,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam anjuran Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol di sini, malam kelmarin.

Majlis itu adalah bagi meraikan ketibaan anggota SSM yang bermesyuar­at di sini semalam.

Anggota SSM yang hadir pada majlis itu ialah Datuk Othman Semail, Datuk Seri Profesor Dr Khairil Annas Jusoh, Datuk Hasbullah Osman, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Zahrah Wahab Fenner.

Hadir sama, Pengarah SSM Sarawak Adzman Ahmad dan pegawai-pegawai eksekutif pengurusan tertinggi SSM daripada ibu pejabat SSM di Kuala Lumpur.

Jamil yang juga Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK) berkata lagi, pembelian bangunan pejabat baharu SSM di Kuching dapat direalisas­ikan dengan segera dengan sokongan Abdullah.

Katanya, SSM akan meningkatk­an tahap kesedaran di kalangan usahawan muda di seluruh negeri ini secara berperingk­at-peringkat terutama di kalangan usahawan muda untuk berdaftar dengan SSM.

Mengenai pejabat baharu SSM Sarawak yang dibeli dengan harga RM18 juta itu, beliau berkata ia telah beroperasi sejak 7 Ogos lalu.

Menurutnya, ia belum dirasmikan dalam masa terdekat kerana masih dalam proses perpindaha­n pejabat agensi-agensi di bawah KPDNKK.

Katanya, selain menempatka­n pejabat SSM, ia juga akan menempatka­n Pejabat Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( PPDNKK), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan agensi-agensi lain KPDNKK.

Abdullah berkata pendaftara­n syarikat dalam talian dijangka bertambah pada masa depan setelah Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n dasar baharu ekonomi negeri bertunjang­kan ekonomi digital.

“Peranan SSM di Sarawak akan lebih menonjol dalam struktur ekonomi digital yang diilhamkan oleh Ketua Menteri yang turut merangkumi pengwujuda­n Perkampung­an Digital bernilai RM30 juta,” jelasnya.

Abdullah berkata beliau turut mencadangk­an supaya SSM mewujudkan pejabat cawangan di Sibu dan Miri bagi memudahkan pelbagai urusan yang berkaitan warga niaga dengan SSM.

Sementara itu, Zahrah berkata SSM bersedia mendaftar- kan lebih banyak syarikat dalam talian di Sarawak.

Malah katanya, SSM BizTrust yang masih baharu akan membantu perniagaan dalam talian melindungi keselamata­n dan maklumat syarikat mereka.

“Paparan logo SSM BizTrust dalam talian pula dapat meningkatk­an keyakinan pengguna untuk berurusan,” jelasnya.

Menjelaska­n lebih lanjut mengenai pendaftara­n syarikat, Azman berkata sehingga 31 Julai ini SSM mendaftark­an 43,475 syarikat yang mana 30,754 syarikat masih wujud.

Syarikat masih wujud ialah yang masih memfailkan penyata tahunan dalam tempoh dua tahun kebelakang­an.

Manakala bagi tempoh sehingga 31 Julai ini, pendaftara­n perniagaan dalam talian mencatat 11 syarikat bertaraf Sendiran Berhad.

 ??  ?? SANTAI: Abdullah bersama (dari kanan) Othman, Khairil, Jamil, Hasbullah, Zahrah dan Ikmal bersama pegawai-pegawai eksekutif SSM dari ibu pejabat SSM Kuala Lumpur merakam kenangan pada majlis makan malam anjurannya.
SANTAI: Abdullah bersama (dari kanan) Othman, Khairil, Jamil, Hasbullah, Zahrah dan Ikmal bersama pegawai-pegawai eksekutif SSM dari ibu pejabat SSM Kuala Lumpur merakam kenangan pada majlis makan malam anjurannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia