Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan perjuangan pejuang kemerdekaa­n inspirasi

Jadikan perjuangan mereka bimbingan untuk teruskan usaha jaga kepentinga­n, kebajikan rakyat: KM

-

MELAKA: Perjuangan pejuang kemerdekaa­n semasa era koloni dan Brooke harus dijadikan inspirasi dan motivasi oleh generasi hari ini untuk bekerjasam­a ke arah pembanguna­n Sarawak.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg pada Majlis Makan Malam Khas di sini malam Ahad lalu.

Beliau yang diiringi isterinya, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang tiba di sini tengah hari Ahad lalu dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Melaka.

Lawatan itu juga secara kebetulan serentak dengan perhimpuna­n ratusan keturunan Datuk Patinggi Abang Abdul Ghafor Abang Qahar dari seluruh negara yang kebanyakan­nya dari Melaka dan Pahang menerusi anjuran Majlis Makan Malam Khas itu.

Abang Johari merupakan generasi kelima keturunan Datuk Patinggi Abang Abdul Ghafor, yang seangkatan dengan pemimpin terdahulu seperti Sherip Masahor, Rentap dan Sawing menentang pemerintah­an Rajah James Brooke pada pertengaha­n 1800-an kerana tidak berpuas hati dengan pemerintah­an

Perjuangan ini tidak hanya untuk kita (keturunan Abang Abdul Ghafor) tetapi untuk semua rakyat secara keseluruha­nnya yang memerlukan pemimpin yang baik serta adil, dapat menjamin masa depan lebih cerah untuk Sarawak. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

White Brooke mengambil alih daripada Kesultanan Brunei.

Dianggap sebagai pemberonta­k oleh White Brooke, Abang Abdul Ghafor melari- kan diri ke Melaka, kemudian mendirikan rumah tangga di sini sebelum meninggal dunia kerana sakit tua.

Allahyarha­m dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Limbongan di sini.

Abang Johari berkata, perkara yang sangat penting sekarang ialah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu harus dijadikan bimbingan kepada pemimpin hari ini meneruskan usaha menjaga kepentinga­n serta kebajikan rakyat.

“Perjuangan ini tidak hanya untuk kita (keturunan Abang Abdul Ghafor) tetapi untuk semua rakyat secara keseluruha­nnya yang memerlukan pemimpin yang baik serta adil, dapat menjamin masa depan lebih cerah untuk Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan isteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Terdahulu Abang Johari dan isteri bersama ahli keluarga yang lain mengunjung­i pusara Abang Abdul Ghafor.

Manakala pagi semalam, Abang Johari mengadakan kunjungan hormat terhadap rakan sejawatann­ya, Datuk Seri Utama Idris Haron di pejabat Ketua Menteri di Ayer Keroh dekat sini.

Selepas itu, Abang Johari dan rombongan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik menghadiri taklimat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Idris Haron.

Abang Johari dan rombongan turut melawat Muzium Sejarah Melaka sebelum dijadual menghadiri majlis makan malam dihoskan oleh Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel ternama di sini.

 ??  ?? SEMOGA DIRAHMATI: Abang Johari (dua kiri) bersama ahli keluarga yang lain menyedekah­kan bacaan surah Al-Fatihah dan doa di pusara Abang Abdul Ghafor.
SEMOGA DIRAHMATI: Abang Johari (dua kiri) bersama ahli keluarga yang lain menyedekah­kan bacaan surah Al-Fatihah dan doa di pusara Abang Abdul Ghafor.
 ??  ?? LAWAT: Nancy (kanan) mengunjung­i salah seorang warga emas dalam Program Ziarah Kamek di Sadong Jaya, kelmarin. Turut kelihatan Aidel (dua kiri).
LAWAT: Nancy (kanan) mengunjung­i salah seorang warga emas dalam Program Ziarah Kamek di Sadong Jaya, kelmarin. Turut kelihatan Aidel (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia