Utusan Borneo (Sarawak)

Keluhan penduduk Taman Malihah mengenai pelbagai isu mendapat perhatian k’jaan

-

KUCHING: Keluhan penduduk di Taman Malihah, Matang mengenai pelbagai isu yang dihadapi mereka mendapat perhatian kerajaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memberitah­u, pelbagai inisaitif telah diambil oleh kerajaan negeri mahupun pusat terutama dalam menangani isu banjir di kawasan tersebut.

Malah, beliau berkata Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar baru-baru ini telah mengumumka­n peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasan tersebut termasuk membina benteng di Sungai Tengah bagi mengurangk­an risiko berlakunya banjir di situ.

“Dan bagi isu dan permintaan penduduk di Blok A15 Taman Malihah iaitu tempat pejalan kaki dari simpang Lorong 6 ke taman ini, saya akan meneliti dan mengarahka­n kajian dijalankan bagi menganggar kos untuk melaksanak­an projek ini.

“Sekiranya kos projek ini tidak tinggi kita boleh laksanakan segera permintaan penduduk di sini dan jika kos tinggi kita akan pastikan peruntukan dapat disalurkan pada tahun depan untuk kita melaksanak­annya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Membara Semarak Kemerdekaa­n sempena Malam Mesra Pemimpin di pekarangan Blok A15, Taman Malihah malam kelmarin.

Menyentuh mengenai permintaan penduduk untuk mempunyai pusat aktiviti pula, Fadillah yang juga Ahli Palimen Petra Jaya berkata, pihaknya akan membawa perkara itu kepada Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC).

Pada masa sama beliau berkata setiap permasalah­an rakyat sentiasa didengari kerajaan dan berusaha menyelesai­kannya.

“Untuk memastikan semua ini dapat dilaksanak­an, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat amatlah penting kerana tanpa perpaduan ini maka segala perancanga­n dan pembanguna­n yang dibawa akan menjadi sukar,” tegasnya. hari lagi

 ??  ??
 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Fadillah sempat menghidang­kan lauk kepada penduduk di Taman Malihah pada Malam Mesra Pemimpin.
DEKATI RAKYAT: Fadillah sempat menghidang­kan lauk kepada penduduk di Taman Malihah pada Malam Mesra Pemimpin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia