Utusan Borneo (Sarawak)

‘SharingMyP­assion’ diadakan sempena ‘What About Kuching’ 2017

-

KUCHING: ‘SharingMyP­assion’ (SMP) atau ‘BerkongsiK­egairahanS­aya’ akan menyelam ‘ keghairaha­n’ terhadap Kuching, masa lalu, sekarang dan masa depan, diadakan sempena ‘What About Kuching’ (WAK) 2017.

WAK 2017 merupakan pesta yang berlangsun­g selama sebulan pada Oktober nanti meraikan seni, budaya dan gaya hidup masyarakat di Kuching.

Dianjurkan oleh The Museum Cafe & Shop, SMP diadakan pada Rabu lalu dan ia merupakan edisi ke-71.

“Kami mempunyai beberapa rancangan untuk memfokus kepada Kuching semasa WAK,” kata pengasas SML yang juga pengarah pesta WAK2017 Donald Tan.

Beliau memberitah­u, Kuching sedang melalui proses transforma­si, dengan beberapa tempat seperti Lebuh Gambier bakal menyaksika­n perubahan yang hebat.

Beliau berharap dapat menawan semula beberapa memori menerusi individu yang masih mengingati­nya, seperti generasi tertua yang tinggal di Kuching dahulu atau individu mempunyai pengetahua­n seperti namanama lebuh lama, perdagan- gan tradisiona­l yang semakin pupus dan cerita-cerita Kuching sebelum ini.

Tan juga berminat dalam perspektif warga asing.

“Ramai warga asing tiba di Kuching dan telah menetap di sini selama 20 hingga 30 tahun. Ia akan lebih menarik daripada kaca mata mereka,” katanya.

Penganjur SMP merancang mengadakan slot biasa pada Rabu (esok) dan mungkin beberapa ceramah SMP.

“Kami mungkin mengadakan ‘SMP Plus’, yang akan diadakan bukan pada hari Rabu. Kalau ada penceramah yang menarik, kenapa tidak?” soalnya.

SMP merupakan landasan kepada artis, ahli muzik, pencinta alam, pengembara dan sebagainya berkongsi minat mereka.

Tarikh SMP diadakan pada 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2017.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubung­i Laurence Burnham menerusi alamat emel sarawakmus­eumshop@ gmail.com dan The Museum Cafe & Shop di alamat No 96 Main Bazaar.

Orang ramai juga beroleh mendapat maklumat mengenai SMP di laman sosial Facebook The Museum Café & Shop.

WAK 2017 meraikan seni, budaya dan gaya hidup masyarakat Kuching dengan mewujudkan landasan untuk berkongsi bakat di seluruh Sarawak.

Program selama sebulan, bermula 30 September hingga 29 Oktober 2017, merangkumi setiap genre bermula daripada visual sehingga persembaha­n kesenian, seni tradisiona­l dan kontempora­ri serta pameran statik dan aktiviti luar yang aktif.

Sehingga kini, lebih 20 komponen komited menjayakan WAK2017 menerusi pelbagai kumpulan.

Mereka yang berminat boleh menghantar kertas kerja kepada info@aboutkuchi­ng.com. Orang ramai juga boleh mendapat maklumat terkini dengan ‘ like’ WAK 2017 di http://www. fb.com/aboutkuchi­ng atau ‘follow’ menerusi Instagram, @ aboutkuchi­ng.

Atau menerusi hashtags #WAK2017 and #aboutkuchi­ng. Laman sesawang mereka aboutkuchi­ng.com.

 ?? Museum Cafe & Shop — Gambar sumbangan The ?? MEMUKAU: Sesi ‘SharingMyP­assion’ yang diadakan di The Museum Cafe & Shop.
Museum Cafe & Shop — Gambar sumbangan The MEMUKAU: Sesi ‘SharingMyP­assion’ yang diadakan di The Museum Cafe & Shop.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia