Utusan Borneo (Sarawak)

Rabies: Penduduk Serian harus lebih berwaspada

Penduduk kawasan ini seharusnya lebih bimbang dan mengambil berat akan apa yang telah berlaku: John

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Penduduk Serian dinasihati tidak mengambil mudah selepas kerajaan mewartakan Serian sebagai kawasan wabak rabies.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata secara rasionalny­a, penduduk di kawasan Serian seharusnya menjadi lebih bimbang dan mengambil berat akan apa yang telah berlaku.

“Saya amat risau dan berharap agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Sarawak (JKN) Sarawak dan Jabatan Veterinar Sarawak (DVS) akan berusaha lebih lagi untuk mencapai semua kawasan ini dan memberi kesedaran serta vaksin berkaitan,” luahnya ketika dihubungi semalam.

Beliau mahu masyarakat di Serian bekerjasam­a dengan agensi-agensi yang berkaitan.

Pada masa yang sama, John meluahkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa keenam wabak rabies, seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun yang tinggal berdekatan Kampung Kuala, Jalan Gedong yang masih dalam keadaan kritikal sehingga kini.

Sebelum ini menurutnya, dua lagi mangsa berasal dari Kampung Lebor dan Kampung Remun, Serian menjadikan setakat ini terdapat tiga mangsa wabak tersebut di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja.

Katanya, beliau hanya menerima maklumat daripada Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan telah melawat dua keluarga mangsa sebelum ini sewaktu melalui waktu sukar.

John berkata beliau akan melawat mangsa ketiga di Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini untuk melihat keadaannya.

Sementara itu, Ketua Kaum Kampung Kuala, Jalan Gedong Duncan Badeli semalam turut mengesahka­n bahawa keluarga dan mangsa rabies keenam tersebut bukan berasal dari kampungnya.

Justeru, beliau tidak dapat memberi sebarang maklumat berkenaan mangsa keenam itu.

Pesta Ranchan yang dijadualka­n berlangsun­g pada Oktober tahun ditunda ke suatu tarikh yang berlainan selepas ini, ekoran keadaan terkini wabak itu.

Saya amat risau dan berharap agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Sarawak (JKN) Sarawak dan Jabatan Veterinar Sarawak (DVS) akan berusaha lebih lagi untuk mencapai semua kawasan ini dan memberi kesedaran serta

berkaitan.” vaksin John Ilus ADUN Bukit Semuja

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia