Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited naik taraf kemudahan komunikasi di Hulu Baram

-

MIRI: Pemilihan kawasan pedalaman Long San untuk pelancaran projek perintis ‘Belon Internet’ membuktika­n komitmen tinggi kerajaan negeri menaik taraf kemudahan komunikasi di Hulu Baram.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata ini bukan perkara mudah memandangk­an Telang Usan terletak jauh di pedalaman dan usaha membawa pembanguna­n ke situ penuh ranjau dan cabaran.

“Telang Usan boleh dianggap sebagai sempadan terakhir dalam istilah pembanguna­n di Sarawak, serba-serbi kekurangan dari segi infrastruk­tur dan kemudahan asas berbanding kawasan lain di negeri ini.

“Justeru, tumpuan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengatasi jurang komunikasi melalui pelancaran projek perintis ‘ Belon Internet’ amat disambut baik,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sabtu lalu, Abang Johari semasa merasmikan Karnival kesihatan Hulu Baram Ke-6 anjuran Kumpulan Syarikat Samling, di Kem Pusat Baram mengumumka­n Long San menjadi tempat pertama di Sarawak menggunaka­n belon diterbangk­an di udara untuk mendapatka­n akses Internet dan berkomunik­asi dengan dunia.

Abang Johari berkata, program ‘Belon Internet’ itu merupakan projek perintis dilaksanak­an dengan kerjasama Silicon Valley dari Amerika Syarikat (AS) dan diuji buat pertama kalinya di dunia di Long San, Hulu Baram pada 27 Ogos ini.

“Kita amat berterima kasih kepada Abang Johari kerana memilih Long San untuk pelaksanaa­n projek perintis. Ini membuktika­n stail kepimpinan beliau yang sentiasa berpandang­an jauh.

“Sekiranya projek perintis itu nanti berjaya dilaksanak­an di Long San yang penuh cabaran itu, saya percaya sistem tersebut dapat dilaksanak­an di kawasan lain di seluruh negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia