Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita diseru ceburi bidang perniagaan yang menjanjika­n pendapatan lumayan

- Oleh Frankie Junau

SKRANG: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyeru golongan wanita terutama ibu tunggal dan suri rumah menceburi bidang perniagaan yang menjanjika­n pendapatan lumayan.

Menurutnya, pembabitan kaum hawa dalam bidang keusahawan­an masih rendah yang di dorong pelbagai faktor antaranya kesuntukan masa mengurus rumah tangga, ketiadaan modal, tiada ilmu perniagaan, persaingan selain lebih selesa berada dalam zon rumah tangga.

“Saya tidak memiliki statistik pembabitan golongan hawa dalam bidang perniagaan terutama di negeri ini namun saya yakin dan percaya bilangan mereka rendah, juster kaum wanita harus mengubah minda bahawa dunia keusahawan­an tidak hanya dipelopori kaum lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Program Infiq Sedekah Jariah KUIB 2017 sempena Program Fertigasi Cili Blok Skrang di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang di sini kelmarin.

Tambahnya, kaum hawa tidak harus berpeluk tubuh dan mengharapk­an rezeki suami atau harta peninggala­n suami semata- mata sebaliknya berani bergerak ke hadapan dengan menceburi dunia keusahanaw­an berdasarka­n minat, kemahiran serta logistik di persekitar­an masing-masing.

“Ketika ini banyak peluang disediakan kerajaan untuk menggalakk­an wanita menceburi dunia keusahawan­an, antaranya menerusi bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang ketika ini giat mempromosi­kan bantuan sama ada dari segi kewangan mahupun ilmu keusahawan­an dengan hara- pan melahirkan lebih ramai wanita bergelar usahawanit­a di Skim Skrang dan Betong amnya,” katanya.

Katanya, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menyasarka­n rakyat Sarawak berpendapa­tan tinggi menjelang atau sebelum tahun 2030 dengan melihat peluang dan ruang yang disediakan agensi relevan yang cukup luas.

“Maka itu, jika anda ada tanah, usahakan dengan tanaman yang boleh mendatangk­an hasil seterusnya menjana pendapatan seperti menternak ayam, itik atau mengusahak­an cili menggunaka­n kaedah moden kerana semua itu jika diusahakan dengan penuh kesungguha­n, minat serta dibantu agensi seperti AIM berupaya melahirkan lebih ramai usahawan wanita di sini.

“Malah saya turut difahamkan, pihak AIM turut memberi pinjaman sehingga RM20,000 kepada ahlinya dengan syarat anda harus menjadi ahli Kelab Sahabat AIM selain menikmati rebat barangan jualan menerusi koperasi,” katanya sambil menambah, sehingga kini ahli Kelab Sahabat AIM Cawangan Betong yang merangkumi Skim Skrang berjumlah 1,802 orang.

Sementara itu, Pengurus Wilayah AIM Negeri Sarawak Roslan Pakon mengharapk­an peranan ketua-ketua masyarakat serta ahli Kelab Sahabat mengenai peranan AIM dalam membantu melahirkan lebih ramai usahawan di samping faedah menyertai koperasi yang diwujudkan pihaknya.

“Objektif penubuhan AIM, Kelab Sahabat serta koperasi tidak menjurus kepada keuntungan semata- mata sebaliknya lebih kepada tanggungja­wab sosial membantu ibu tunggal dan suri rumah menjana pendapatan mengikut kemahiran dan minat masing-masing.

“Kami di pihak AIM menyedari adanya minat berniaga di kalangan masyarakat hari ini namun disebabkan kekurangan modal, ilmu serta pendedahan kepada bantuan seperti daripada AIM telah membantutk­an minat mereka.

“Usah bimbang kerana kami turut membantu dari segi permulaan modal den- gan syarat ia harus dibayar balik mengikut kemampuan peminjam,” katanya sambil menambah, AIM Cawangan Betong meraih tempat ketiga terbaik dalam bayaran balik pinjaman.

Pada majlis sama, AIM Cawangan Betong turut menyampaik­an bantuan CSR kepada 21 penerima yang terdiri daripada golongan berpendapa­tan rendah, penerima kebajikan Kelab Sahabat membabitka­n kematian (16) manakala 190 peserta dari Blok Skrang menerima sijil Kursus Fertigasi Cili.

Terdahulu, Dr Rayong mengumumka­n pemberian geran MRP bernilai RM3,000 kepada Kelab Sahabat AIM Cawangan Betong sebagai dana untuk menganjurk­an aktiviti mereka.

Turut hadir Pengurus Cawangan AIM Betong Zaliha Abu Bakar, Pengarah Eksekutif AIM Zamarul Kipli, Pengerusi Kelab Usahanita Ikthiar Betong Jerinah Arshad, Setiausaha Kelab Usahanita Ikhtiar Betong Nancy Rangkong, Penghulu Betuk Tubi, kaunselor, tuai rumah serta peserta Kursus Fertigasi Cili dari Skim Skrang.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Rayong, Roslan (belakang Dr Rayong) bergambar bersama tetamu jemputan serta peserta Kursus Fertigasi Cili selepas berakhirny­a program di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang kelmarin.
UNTUK ALBUM: Dr Rayong, Roslan (belakang Dr Rayong) bergambar bersama tetamu jemputan serta peserta Kursus Fertigasi Cili selepas berakhirny­a program di Dewan Dr Johnical Rayong Ngipa, Skim Skrang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia