Utusan Borneo (Sarawak)

Baucar ringankan belanja sekolah anak

Yayasan Sarawak diamanah laksana pembekalan pakaian seragam sekolah

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pemberian Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak mencermink­an keprihatin­an dan komitmen kerajaan negeri membantu meringanka­n beban ibu bapa menanggung perbelanja­an persekolah­an anak-anak mereka.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh berkata sejak 2000, Yayasan Sarawak diamanahka­n oleh kerajaan negeri melaksanak­an pembekalan pakaian seragam sekolah termasuk kasut dan beg kepada pelajar di seluruh Sarawak.

“Mulai 2017, kerajaan negeri menambah peruntukan kepada RM4 juta setahun dengan kadar bantuan RM200 seorang penerima.

“Bukan sahaja bantuan pakaian seragam, kerajaan juga menyediaka­n peruntukan besar memastikan kelangsung­an pendidikan untuk pelajar termasuk infrastruk­tur, bantuan biasiswa, Baucar 1Malaysia dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2017 di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu Wong Chong Kung dan Temenggung Stanley Geramong.

Seramai 150 pelajar daripada tiga sekolah menengah,

Mulai 2017, kerajaan negeri menambah peruntukan kepada RM4 juta setahun dengan kadar bantuan RM200 seorang penerima. Dato Sri Wong Soon Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang

tujuh sekolah rendah dan 11 sekolah jenis kebangsaan Cina kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan menerima Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak disampaika­n oleh Wong.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bawang Assan itu berharap pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dan seterusnya mendalami ilmu digital seperti yang ditekankan oleh Ketua Menteri.

Beliau berkata, dunia digital dan bahasa Inggeris mampu memperkena­l masyarakat khususnya pelajar kepada ‘New Ways of Doing Things’ dengan menggunaka­n sepenuhnya teknologi terkini.

“Oleh itu, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi di bawah Dato Sri Michael Manyin Jawong menggesa supaya sebuah sekolah setiap DUN di negeri ini mengikuti program Sekolah Rendah Angkat Bahasa Inggeris sama ada dalam sekolah atau di luar sekolah.

“Ini kerana, bahasa Inggeris adalah bahasa global, jika kamu mahu buat sesuatu yang baharu dengan cara baharu melaui digital kamu perlu menguasai bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata pada awalnya kerajaan negeri hanya memperuntu­kkan RM2 juta setahun kepada Yayasan Sarawak mengagihka­n bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada 20,000 pelajar di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, timbul aduan daripada pihak tertentu bahawa peruntukan RM100 itu tidak mencukupi khususnya di luar bandar.

“Oleh itu, Yayasan Sarawak mencadangk­an kepada kerajaan negeri supaya peruntukan ditambah kepada RM200 seorang pelajar, tetapi jika jumlah ini dinaikkan kita terpaksa menggurang­kan jumlah penerima kepada 10,000 pelajar sahaja.

“Namun, kerajaan negeri berpandang­an bahawa bilangan 20,000 ini tidak wajar dikurangka­n maka peruntukan dinaikkan daripada RM2 juta kepada RM4 juta setahun mulai tahun ini,” katanya.

Majlis sama diadakan hari ini ( 15 Ogos) di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Thai Kwang Sibu dan disempurna­kan ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Wong (tiga kiri) menyampaik­an Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak kepada salah seorang penerima.
GUNA SEBAIKNYA: Wong (tiga kiri) menyampaik­an Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia