Utusan Borneo (Sarawak)

Petugas, pegawai terlibat PRU14 diberi taklimat

Bagi pastikan petugas, pegawai berkhidmat sedia maklum tanggungja­wab dan tugas mereka

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Petugas dan pegawai terlibat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi Parlimen Sarikei menghadiri Taklimat Petugas Pilihan Raya Ketua Tempat Mengundi dan Kerani Pengundian/Mengira Undi di sini semalam.

Timbalan Residen Bahagian Sarikei merangkap Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abang Porkan Abang Budiman berkata taklimat diadakan bagi memastikan petugas dan pegawai berkhidmat pada PRU14 nanti sedia maklum tanggungja­wab dan tugas mereka.

“Dalam taklimat ini terdapat beberapa perkara ingin kita perjelaska­n kepada petugas dan pegawai terlibat.

“Ia merangkumi perkara berkaitan lokasi pusat penamaan calon, pusat pengundian, peranan pegawai dan petugas pilihan raya,” katanya di sini semalam.

Taklimat empat hari di Dewan Suarah Sarikei itu dihadiri sekitar 721 petugas dan pegawai pilihan raya dari kawasan Parlimen Sarikei merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok dan DUN Meradong.

Dalam taklimat ini terdapat beberapa perkara ingin kita perjelaska­n kepada petugas dan pegawai terlibat. Abang Porkan Abang Budiman Timbalan Residen Bahagian Sarikei

Petugas dan pegawai terlibat diberi taklimat tentang peranan Ketua Tempat Mengundi, latihan amal dan per- anan Kerani Pengundian dan Kerani Mengira Undi.

Pada masa sama, peserta taklimat turut didedahkan dengan simulasi pengundian dan pengiraan undi.

Abang Porkan turut menyeru semua petugas dan pegawai pilihan raya terlibat menjalanka­n tugas dengan sebaiknya, amanah, jujur, bertanggun­jawab dan mematuhi undang- undang serta peraturan pilihan raya.

Hadir sama memberi taklimat Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak Shazree Idzham.

 ??  ?? TAKLIMAT: Shazree menyampaik­an taklimat mengenai Pilihan Raya Umum di Sarikei semalam.
TAKLIMAT: Shazree menyampaik­an taklimat mengenai Pilihan Raya Umum di Sarikei semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Kapitan Chai menyampaik­an trofi kemenangan kepada wakil penerima SMK Chung Hua Miri selepas muncul juara kategori sekolah menengah sambil disaksikan Asriel (kanan) Sabtu lalu.
TAHNIAH: Kapitan Chai menyampaik­an trofi kemenangan kepada wakil penerima SMK Chung Hua Miri selepas muncul juara kategori sekolah menengah sambil disaksikan Asriel (kanan) Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia