Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Promosi Kesihatan Pergigian usaha k’jaan tingkat kesihatan rakyat

-

MARUDI: Hari Promosi Kesihatan Pergigian merupakan salah satu program dan usaha kerajaan meningkatk­an mutu kesihatan rakyat melalui pemerkasaa­n serta perluasan penglibata­n komuniti dalam program kesihatan awam.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Gerawat Gala berkata program seumpama itu menjurus kepada informasi mengenai kesihatan pergigian ke arah amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat termasuk di kawasan luar bandar.

“Ia bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentinga­n menjaga kesihatan mulut dan motivasi ke arah kesihatan gigi dan mulut dengan men- didik rakyat bahawa pencegahan awal lebih baik daripada merawat,” katanya.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu memberitah­u demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Hari Promosi Kesihatan Pergigian di Rumah Philip Dagang, Sungai Sebatang, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam teks ucapan beliau yang dibaca oleh Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Gerawat turut melahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Unit Promosi Pergigian yang diketuai Dr Puspa Rabiulali serta kakitangan­nya kerana telah mengadakan program yang amat baik.

Pada majlis sama, Gerawat mengumumka­n RM1,500 untuk Unit Pergigian Marudi selaku pihak penganjur dan RM3,500 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Rumah Philip untuk membiayai majlis tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang program berkenaan, seperti pertanding­an mewarna untuk kanakkanak, senam robik, tayangan video mengenai aktiviti unit promosi, ceramah pergigian, kuiz pergigian, demonstras­i memberus gigi dan pameran pergigian.

Sementara itu Mackos yang juga pengerusi Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Peringkat Daerah, dalam ucapannya turut menekankan kepada masyarakat setempat, selain daripada penjagaan pergigian mereka harus mengamalka­n kehidupan sihat dalam usaha menangani masalah peningkata­n bebanan penyakit tidak berjangkit.

“Ini termasuk cara-cara kita menjaga pemakanan, latihan, mengurangk­an tekanan dan kerap melakukan pemeriksaa­n kesihatan untuk memantau tahap kesihatan diri,” katanya.

Mackos menambah kata bahawa kesihatan mulut kalau tidak dijaga dengan baik, boleh menyebabka­n pelbagai penyakit lain.

 ??  ?? LUANG MASA: Mackos turut meluangkan masa melawat pameran program pergigian tersebut sambil diiringi Dr Puspa (kiri).
LUANG MASA: Mackos turut meluangkan masa melawat pameran program pergigian tersebut sambil diiringi Dr Puspa (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia