Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 300 sukarelawa­n beramah mesra dengan anak-anak yatim

-

MIRI: Lazimnya, masyarakat lebih gemar menghulurk­an sumbangan kepada anak-anak yatim pada bulan Ramadan namun berlainan dengan sukarelawa­n Santai Riders Miri di sini.

Semalam, lebih 300 sukarelawa­n dan dermawan terdiri daripada kumpulan Santai Riders Miri mengadakan Program Ramah Mesra bersama anak yatim terpilih sekitar Miri.

Jurucakap penganjur, Abu Bakar Kalong berkata ia adalah julung kali diadakan dengan menghimpun­kan sukarelawa­n terdiri daripada penunggang motosikal yang aktif.

Inisiatif diambil mengumpulk­an peminat sukan permotoran di bawah satu bumbung bukan hanya mempromosi sukan itu tetapi menjalanka­n kerjakerja amal untuk masyarakat kurang berkemampu­an.

Di samping beramah mesra mengenali anak-anak yatim, sukarelawa­n ini turut mengutip derma, memberi motivasi dan semangat kepada anak-anak yatim untuk meneruskan kehidupan.

Abu Bakar berkata, pihaknya berjaya mengumpul derma kira- kira RM2,143 dan disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Bonda Sari menguruska­n kebajikan anak-anak yatim terbabit.

Kalangan anak-anak yatim ini akan menghadapi peperiksaa­n awam, maka sukarelawa­n ‘ riders’ ini turut memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada mereka agar berjaya dalam peperiksaa­n.

Sementara itu, seramai 19 anak yatim bersama lapan penjaga berterima kasih kepada Santai Riders yang prihatin dan tidak lupa dengan nasib mereka.

Semua sukarelawa­n San- tai Riders dan anak yatim turut dihidangka­n dengan makanan lazat yang disediakan oleh Restoran Sudu dan Garpu SABERKAS Miri.

Dalam perkembang­an lain, Abu Bakar berkata sukarelawa­n itu turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kebajikan dan masyarakat termasuk menderma kepada mangsa kebakaran.

“Sukarelawa­n ini aktif di Miri dan mereka terdiri daripada NGO, individu berkemampu­an, kakitangan awam dan swasta yang peka dengan masalah masyarakat di sekeliling mereka,” katanya.

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Santai Riders Miri bersama anak-anak yatim pada Program Ramah Mesra di Miri, semalam.
ERAT HUBUNGAN: Santai Riders Miri bersama anak-anak yatim pada Program Ramah Mesra di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia