Utusan Borneo (Sarawak)

Cara ASEAN bawa kestabilan dan kemakmuran di rantau ini

-

KUALA LUMPUR: Cara yang diamalkan ASEAN selama ini, telah membawa kestabilan dan kemakmuran di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata banyak pihak kini menyatakan bahawa ia adalah model yang begitu sesuai kepada negara anggota ASEAN, dan bagi negara-negara membangun yang lain, berbanding pertubuhan-pertubuhan serantau yang lain yang kini mendapati mereka menghadapi masalah dengan pembahagia­n.

“Kita telah dapat mengekalka­n semangat persahabat­an, membuat keputusan secara konsensus, dan mengiktira­f kedaulatan negara masingmasi­ng. Kita bersatu dalam ASEAN tetapi tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara jiran kita,” katanya dalam ucaptama yang disampaika­n pada sambutan ulang tahun ke-50 ASEAN di sini semalam.

Beliau juga berkata ASEAN kini diiktiraf sebagai penggerak utama dalam seni bina politik, keselamata­n dan ekonomi serantau, yang menyaksika­n kuasa besar dibawa bersama untuk berunding dan membincang­kan isu-isu penting semasa melalui dialog termasuk Forum Serantau ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

Cara ASEAN merupakan satu siri prinsip yang diterima pakai apabila ASEAN dibentuk pada tahun 1967, yang memberikan perhatian berhubung kedaulatan negara dan komitmen untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara anggota.

Menurut Najib, ASEAN memimpin dan memajukan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau, yang akan membawa peluang baharu kepada hampir separuh penduduk dunia dan yang mewakili 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global.

“Dengan gabungan KDNK sebanyak AS$ 2.6 trilion, ASEAN merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia, dan dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2050, dengan sesetengah pihak menganggar­kan bahawa kita akan mencapai kedudukan itu menjelang 2030,” katanya.

Menyentuh mengenai Komuniti ASEAN, perdana menteri berkata beliau bangga bahawa Deklarasi mengenai penubuhan Komuniti ASEAN dikeluarka­n semasa Malaysia menjadi pengerusi pertubuhan itu pada November 2015.

“Kami mengesahka­n komitmen kami yang lalu, dan menggarisk­an aspirasi kami ke arah mewujudkan Komuniti ASEAN berasaskan peraturan, yang berpaksika­n rakyat dan berorienta­sikan rakyat, yang mana rakyat kita mengambil bahagian, dan memanfaatk­an sepenuhnya integrasi ASEAN dan pembinaan komuniti.

“Kami juga menghasilk­an hala tuju yang akan memberi petunjuk kepada kami sepanjang dekad sehingga sehingga 2025, memandangk­an matlamat kami untuk komuniti yang secara politiknya bersatu padu, bersepadu secara ekonomi dan bertanggun­gjawab secara sosial, katanya sambil menyatakan bahawa kunci untuk memiliki ASEAN Berpaksika­n Rakyat, adalah meletakkan rakyat di hati ASEAN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia