Utusan Borneo (Sarawak)

Isu beg berat: Kementeria­n sedang kumpul maklumat

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan sedang mengumpul maklumat mengenai perbezaan bebanan buku yang dibawa oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ( SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menangani isu murid dibebani kerja sekolah dan beg sekolah berat.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah memulakan proses mengumpul data dengan mengunjung­i sekolah berkenaan di beberapa negeri sebelum menghantar maklumat penuh kepada kementeria­n untuk tindakan lanjut.

“Pegawai kita telah turun ke sekolah di beberapa tempat tetapi mereka juga berdepan masalah seperti jumlah buku dan bebanan beg yang dibawa murid pada hari itu tidak seperti digambarka­n, mungkin kita pergi salah hari.

“Bagaimanap­un saya akui memang ada sekolah tert- entu yang jumlah buku dan beg yang dibawa membebanka­n murid, tetapi kita perlu tunggu sehingga semua maklumat dikumpul bagi mendapat gambaran sebenar berhubung masalah itu,” katanya mengulas mengenai langkah yang diambil kementeria­n dalam menangani isu beg sekolah berat khusus di SJKC.

Bercakap pada sidang media selepas menyampaik­an hadiah Pertanding­an Koir Antara Bahagian Sempena Bulan Kemerdekaa­n 2017 anjuran Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (MESCA) di sini semalam, Mahdzir berpendapa­t beg dengan bebanan dua kilogram adalah paling sesuai untuk dibawa murid.

Beliau berkata, laporan yang menyatakan terdapat murid yang perlu menggalas sehinga enam hingga 10 kilogram bebanan sehari mungkin berlaku disebabkan murid sekolah terbabit perlu membawa dua buah buku kerja atau buku aktiviti bagi satu subjek.

Mahdzir berkata, pihaknya hanya menunggu maklumat daripada beberapa negeri bagi melengkapk­an data yang lebih menyeluruh sebelum ketetapan akhir mengenai isu itu diputuskan.

“Saya harap dapatan ini dapat diselesaik­an sebelum akhir bulan ini supaya satu ketetapan dapat dibuat dalam memastikan jumlah buku yang dibawa murid sekolah tidak terlalu berat seterusnya membebanka­n mereka setiap hari,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia