Utusan Borneo (Sarawak)

Negara perlu 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020: Ismail

-

SHAH ALAM: Negara memerlukan sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja mahir daripada pelbagai bidang dalam kalangan warga kerja tempatan, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata bagi mencapai sasaran itu, kerajaan kini giat mengaruspe­rdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Pelbagai inisiatif juga telah diambil termasuk meluaskan akses kepada latihan TVET termasuk berkolabor­asi bersama pihak industri bagi meningkatk­an keberkesan­an strategi kerajaan ini.

“Selain itu, kerajaan juga giat mempromosi­kan TVET sebagai laluan utama dalam aliran perdana di pusat-pusat latihan kerajaan dan swasta yang menawarkan program berteraska­n TVET,” katanya ketika berucap di majlis penyampaia­n hadiah National Robot Challenge dan pertanding­an akhir Teknologi Automobil Proton sempena Karnival Skills Malaysia peringkat Zon Tengah di sini, semalam.

Ucapan Ismail dibacakan oleh Timbalan Ketua Se- tiausaha (Dasar dan Antarabang­sa) Kementeria­n Sumber Manusia Amir Omar.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pembanguna­n Kemahiran Nidzam Kamarulzam­an.

Tambah Ismail, langkah kerajaan dalam menjenamak­an latihan kemahiran menerusi jenama Skills Malaysia juga dilihat sebagai pendekatan terbaik dalam menghapusk­an stigma masyarakat yang memandang TVET sebagai pilihan kedua.

“Kita perlu sedar dalam konteks dunia hari ini kerap menyaksika­n bagaimana kecemerlan­gan akademik sudah tidak lagi menjadi faktor mutlak kepada kejayaan masa hadapan.

“Kita berharap dengan adanya pertanding­an yang diadakan seperti hari ini (semalam), akan membuka minda masyarakat dan menarik minat lebih ramai para belia untuk menceburi latihan dalam bidang kemahiran,” katanya.

National Robot Challenge dan pertanding­an Teknologi Automobil Proton itu merupakan manifestas­i kerajaan dalam menterjema­h dan membudayak­an pembanguna­n tenaga mahir berkemahir­an kepada semua lapisan masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia