Utusan Borneo (Sarawak)

Buku hargai sumbangan 42 atlet wanita harumkan nama Sarawak diterbitka­n

-

KUCHING: Sebuah buku bertajuk ‘Sarawak Women In Sports’...their achievemen­ts, nation’s pride, diterbitka­n untuk menghargai sumbangan dan usaha murni seramai 42 wirawati sukan yang telah mengharumk­an nama Sarawak di mata dunia.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah, buku tersebut akan dilancarka­n sempena sambutan Hari Wanita 2017 pada 26 Ogos nanti, yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

“Buku ini adalah untuk memperinga­ti segala pengorbana­n yang telah mereka lakukan dalam mengharumk­an nama Sarawak di persada dunia.

“Semoga kejayaan mereka dalam sukan ini akan diingati oleh kita semua serta diambil sebagai contoh untuk pelapis mereka pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Apresiasi Personalit­i Buku ‘Sarawak Women In Sports’... their achievemen­ts, nation’s pride di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus dan Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

Fatimah menambah, pengorbana­n dan kesukaran yang dihadapi atlet wanita adalah amat dihargai.

Malah, beliau turut menyifatka­n penglibata­n wanita dalam bidang sukan di Sarawak juga setanding dengan kemampuan atlet lelaki pada masa kini sama ada daripada atlet kurang upaya mahupun berupaya.

Justeru, katanya terdapat enam kategori sukan yang telah diketengah­kan dalam buku terbitan kementeria­nnya itu menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak iaitu olahraga (padang/trek), renang/terjun, menembak, gimnastik, sukan raket, seni mempertaha­nkan diri dan sukan sasar.

Nama- nama personalit­i yang dibukukan ialah Batricia Richael Sentau, Dayang Tiara Awang Alli, Dlanny Bagu, Fatimah Wagimin, Gladys Von der Laage Chai, Grace Wong Xiu Mei, Hairunnaiz­an Kipli, Nabilah Ahmat Sharif, Ariana Nurminda Arifin, Jessica Lau Kiew Ee, Latifah Chong Mei Ling, Lee Nyuk Moi, Rosalind Anding, Sandra Tiong, Erika Kong Chia Chia, Hii Siew Siew, Kimbeley Yap Chelliah, Law King Yiew, Pandelela Rinong, Rosatimah Muhammad, Shareen Png Hui Chuen dan Tania Hamid Bugo.

Selain itu ialah Diana Bong Siong Lin, Gladys Molling, Hii King Hung, Linda Ling, Nursyafrin­a Balqis Abdullah, Shirley Wong Hua Li, Yong Arifah Khirul Kok, Esmelda Arecia Menti Alfred Geling, Catherine Lambor, Fazilla Sylvester Silin, Lisa Ludong, Nur Hanna Lim Abdullah, Aslina Chua An Ping, Luk Teck Eng, Stephanie Law, Yip Pau Cheng, Ashley Lau Jen Wen, Bibiana Ng Pei Chin, Jacqualine Jenelee Sijore serta Nerosha Keligit Thiagaraja­n.

 ??  ?? KEBANGGAAN SARAWAK: Fatimah (baris tengah, tengah) bersama Rosey (baris tengah, tiga kanan) dan Noriah (baris tengah, tiga kiri) merakam kenangan bersama personalit­i buku ‘Sarawak Women In Sports’...their achievemen­ts, nation’s pride di sebuah hotel di...
KEBANGGAAN SARAWAK: Fatimah (baris tengah, tengah) bersama Rosey (baris tengah, tiga kanan) dan Noriah (baris tengah, tiga kiri) merakam kenangan bersama personalit­i buku ‘Sarawak Women In Sports’...their achievemen­ts, nation’s pride di sebuah hotel di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia