Utusan Borneo (Sarawak)

33 anggota kongsi gelap didakwa di Klang

-

KLANG: Seramai 33 anggota kumpulan kongsi gelap Geng 24 Apachee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang di sini semalam atas pertuduhan membantu dan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang itu.

Kesemua tertuduh mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Suzana Hussin. Bagaimanap­un tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, 32 tertuduh berusia antara 23 hingga 44 tahun didakwa menjadi anggota kumpulan jenayah terancang Geng 24 Apachee bermula 1 Jan 2015 hingga semalam di Klang.

Mereka ialah K. Parameswar­an; V. Mohana Sunder; S.Vijayaraj; P. Vijay Lingam; K.Uvarajan; R. Thiyagaraj­an; G. Siva; M. Nagendran; G. Murali; P. Ravi; C.Velasamy; S. Bubalan; Tan Jian Bin; S. Puvaneswar­an; M. Sugumaran; Mohammad Jamal Abdullah; R. Jigentan; M. Baskaran; K. Purusothma­n; R. Kartigeyan; K. Sritheran; P. Khrisna Raj dan R. Gajenaran yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Turut didakwa atas pertuduhan sama ialah L. Gunasegara­n; A. Indra Kumar; B. Sivabalan; T. Mogan; A.Thangaraj; M. Mageswaran; M. Sarawanan; B. Chellappan Thibenntaj dan A. Surian.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh wanita, K. Ponmani, 35, didakwa atas kesalahan membantu kumpulan jenayah terancang dengan cara memberikan perkhidmat­an kewangan untuk melanjutka­n kepentinga­n kumpulan tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di No: 53, Lorong Delima 4A, Bandar Parkland, Klang pada 1 Jan 2015 hingga 26 Julai 2017. Dia didakwa di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum 10 tahun. Suzana yang tidak menawarkan sebarang wang jaminan, menetapkan 14 Sept bagi sebutan semula kes berkenaan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwara­ya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam sementara semua tertuduh diwakili peguam Gerrard Lazarus, V. Rajagopal, Zaleha Al-Hayat dan S.K Pari.

Terdahulu, kira-kira 160 anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamata­n kompleks mahkamah. Anggota keluarga yang menunggu di galeri awam sejak pukul 9 pagi menangis teresak-esak apabila kesemua tertuduh dibawa masuk ke kandang tertuduh pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Kesemua tertuduh sebelum ini ditahan selama 29 hari di bawah Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan dan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kumpulan penjenayah itu juga didapati cuba merekrut sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Klang pada 20 April lalu dengan mengadakan acara memotong kek Geng Apachee 24 di perkaranga­n sekolah itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam membenarka­n rayuan seorang pemandu lori untuk mencabar keputusan Mahkamah Sesyen menolak saman pemula terhadap bekas majikannya kerana tidak mencarum dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) berasaskan pembayaran balik perjalanan.

Dalam membenarka­n rayuan S.Maniam, Hakim S. Nantha Balan berkata, ‘ pembayaran balik perjalanan’ itu tidak selari dengan definisi KWSP bagi elaun perjalanan, yang melibatkan bayaran perbelanja­an berkaitan dengan perjalanan semasa bertugas bagi majikan.

“Tiada penjelasan daripada KWSP dalam afidavit mereka tentang kenapa mereka mengabaika­n definisi ‘elaun perjalanan’ mereka sendiri.

“Akta KWSP adalah penggubala­n undang-undang sosial, jadi sebagai penjaga dan pihak yang bertanggun­gjawab menguatkua­sakan Akta KWSP, ia harus berhati-hati dengan label mengeliruk­an dan penjelasan diri yang mudah oleh para majikan yang berusaha menghasilk­an label kreatif untuk ‘membungai’ bayaran yang dibuat kepada para pekerja mereka dengan niat bahawa pembayaran itu tidak akan menarik caruman KWSP,” katanya.

Menurut hakim itu, penggunaan label yang banyak itu sendiri seharusnya meletakkan KWSP dalam keadaan berhatti-hati kepada kemungkina­n majikan telah membungai komisen sebagai apa yang dipanggil ‘ pembayaran balik perjalanan’ sedangkan yang sebenarnya ia bukannya pembayaran balik atau elaun perjalanan ataupun lebih masa.

Mahkamah juga membenarka­n rayuan Maniam untuk mendapatka­n bayaran dengan tarikh yang dikebelaka­ngkan sebanyak RM12,791 daripada bekas majikannya Cold Chain Network Sdn Bhd (CCN) berdasarka­n perjalanan yang dibuatnya semasa bekerja di syarikat itu dari Julai 2010 sehingga Ogos 2013.

Menurut hakim itu, insentif berkenaan adalah sebahagian daripada pendapatan yang caruman kepada KWSP di bawah Akta KWSP.

Mahkamah juga memberi award RM3,000 sebagai kos kepada Maniam.

Maniam, 58, memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen terhadap Cold Chain Network (CCN) dan KWSP sebagai defendan pada Julai 2016, bagi mendapatka­n perisytiha­ran bahawa RM12,791 berada di bawah takrif ‘upah’ mengikut Seksyen 2 Akta KWSP dan Seksyen 2 Akta Pekerjaan 1955 dan satu perintah supaya CCN mencarum dengan KWSP ke atas komisen itu kepada KWSP.

Bagaimanap­un, pada 9 Dis, 2016, Mahkamah Sesyen telah menolak samannya atas alasan bahawa KWSP telah menyiasat dakwaannya dan mahkamah tidak mempunyai alasan untuk campur tangan dalam dapatan itu.

Pada 28 April, 2017, Maniam memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Mahkamah Sesyen itu.

Maniam diwakili peguam New Sin Yew, manakala CCN diwakili Nik Erman Nik Roseli dan Syafiq Faizal bertindak untuk KWSP. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIKAWAL KETAT: Anggota polis mengawal ketat sebahagian daripada 33 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 24 atau Apache yang didakwa di Mahkamah Sesyen dekat Klang, semalam.
— Gambar Bernama DIKAWAL KETAT: Anggota polis mengawal ketat sebahagian daripada 33 ahli kumpulan kongsi gelap Geng 24 atau Apache yang didakwa di Mahkamah Sesyen dekat Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia