Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Tun Aminah Sah bergelar isteri Dennis

Pasangan diraja kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisiona­l Johor

-

JOHOR BAHRU: Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim semalam sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam bahasa Melayu pada Istiadat Akad Nikah yang berlangsun­g di Istana Bukit Serene, di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n pejabat media dan komunikasi rasmi keluarga diraja Johor, Royal Press Office (RPO) kepada media, pasangan diraja itu dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor Datuk Mohd Tahrir Kiyai Samsudin yang diperkenan­kan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda pada majlis tersebut.

Pada majlis pernikahan itu juga, keluarga pengantin perempuan yang diwakili Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menyerahka­n sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang diwakili bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim.

Keluarga pengantin perempuan dan lelaki bertukar hantaran yang dibawa masuk oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN).

Hadiah yang disampaika­n keluarga diraja Johor kepada pengantin lelaki merangkumi cincin emas, al-Quran, sejadah, persalinan baju Melayu teluk belanga dan sampin, sirih junjung, kek, bunga rampai dan halwa maskat.

Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunanga­n dan majlis hantaran itu disaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta anggota keluarga dan rakan terdekat.

Berangkat sama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Temenggong Tunku Idris Iskandar Al- Haj; Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman AlHaj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki Martin dan Henriette Verbaas, anggota keluarga dan rakan terdekatny­a dari Belanda.

Pengantin lelaki kemudianny­a dibawa ke bilik tingkat atas bagi menyempurn­akan Istiadat Menyarung Cincin yang menyaksika­n Dennis Muhammad kemudian menyarungk­an cincin perkahwina­n di jari manis tangan kanan Tunku Tun Aminah serta memberikan­nya mas kahwin sebanyak RM22.50.

Pasangan diraja yang kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisiona­l Johor, baju kurung teluk belanga dan baju Melayu teluk belanga serba putih itu kemudian turun ke bawah sebelum mencium tangan ibu bapa masing- masing dan juga anggota keluarga yang lain.

Dennis Muhammad juga mengenakan songkok dengan dua kerongsang yang sama digunakan oleh Almarhum Sultan Iskandar pada hari perkahwina­nnya, yang diberikan oleh bondanya, Sultanah Aminah Ungku Ahmad.

Istiadat berlangsun­g dengan menampilka­n segala keunikan, kekayaan warisan serta tradisi dan adat istiadat diraja Johor.

Pada sebelah malam, pasangan diraja itu diraikan dalam Istiadat Persanding­an di Bilik Singgahsan­a Istana Besar Johor Bahru.

Kira- kira 1,200 tetamu menghadiri majlis ringkas tapi penuh bermakna itu yang turut dipancarka­n secara langsung kepada orang ramai menerusi skrin digital gergasi, ditempatka­n di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BAGAI PINANG DIBELAH DUA: Dennis Muhammad mencium dahi isterinya Tunku Tun Aminah setelah sah bergelar suami isteri selepas Istiadat Akad Nikah di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama BAGAI PINANG DIBELAH DUA: Dennis Muhammad mencium dahi isterinya Tunku Tun Aminah setelah sah bergelar suami isteri selepas Istiadat Akad Nikah di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia