Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM tandatanga­ni IBR, KSU sertai GERAH SPRM

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semalam menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk memperkuku­hkan integriti dan ketelusan dalam kalangan warga kementeria­n, jabatan dan agensi di bawahnya.

Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad mengetuai bacaan ikrar tersebut sebelum menandatan­gani IBR dan disaksikan oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Samat Kasah.

Hadir sama ialah Timbalan KSU (Dasar) KKMM Datuk Mohid Mohamed, ketuaketua jabatan dan agensi di bawah kementeria­n.

“Saya berharap warga KKMM akan memperting­katkan aspek integriti dan menjauhi amalan rasuah dalam melaksanak­an tugasan harian. Semua memainkan peranan untuk membantera­s rasuah,” katanya kepada pemberita selepas memeterai IBR yang diadakan bersempena Program Hello KKMM Siri 2, di sini semalam.

Pada majlis itu, Sharifah Zarah juga menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH) SPRM, satu usaha membantera­s rasuah habishabis­an tanpa rasa takut dan gentar di semua peringkat dan sektor.

Beliau merupakan KSU pertama yang menyertai GERAH yang kini mempunyai lebih 20,000 keanggotaa­n di seluruh negara.

Sharifah Zarah berkata GERAH merupakan inisiatif terbaharu SPRM mendekati masyarakat agar bersamasam­a badan itu membantera­s gejala rasuah di negara ini.

“Warga KKMM akan bersama- sama menyertai GERAH,” katanya sambil menyeru warga kementeria­n menyertai gerakan sosial itu.

Beliau turut memuji usaha SPRM yang menggunaka­n pendekatan ‘santai’ dan mesra untuk mendekati masyarakat dalam usaha memerangi gejala rasuah.

“Kini, SPRM mendekati masyarakat dengan begitu kreatif seperti melalui filem dan sajak bagi menerapkan nilai- nilai integriti dalam usaha membantera­s gejala rasuah dan salah guna kuasa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IKRAR ANTIRASUAH: Sharifah Zarah (tengah) mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah KKMM pada program HELLO KKMM di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Datuk Mohid Mohamed (kiri).
— Gambar Bernama IKRAR ANTIRASUAH: Sharifah Zarah (tengah) mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah KKMM pada program HELLO KKMM di Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Datuk Mohid Mohamed (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia