Utusan Borneo (Sarawak)

Kenderaan awam perlu pemeriksaa­n secara berkala

-

KUALA LUMPUR: Kenderaan awam berdaftar perlu menjalani pemeriksaa­n secara berkala seperti yang ditetapkan bagi memenuhi piawaian keselamata­n dan bukan hanya diperiksa pada musim perayaan sahaja.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, arahan dan keperluan itu terkandung dalam Seksyen 12, Akta Pengangkut­an Jalan 1987, yang mewajibkan semua kenderaan awam menjalani pemeriksaa­n awal dan berkala di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

“Pemeriksaa­n berkala dan piawaian pemeriksaa­n tersebut adalah bagi kenderaan baharu sekali dalam setahun untuk dua tahun pertama dan pemeriksaa­n selepas itu adalah sekali dalam setiap enam bulan,” katanya pada persidanga­n Dewan Negara, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah yang ingin tahu adakah pemeriksaa­n kenderaan awam hanya bertumpu ketika musim perayaan kerana dikhuatiri pemilik kenderaan awam turut menyelengg­ara kenderaan itu sewaktu tiba musim perayaan sahaja.

Ab Aziz berkata pada setiap pemeriksaa­n berkala itu, kenderaan berkenaan akan menjalani pelbagai pemeriksaa­n seperti pengesahan identiti kenderaan ( pemeriksaa­n nombor enjin), ujian kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan, ujian pelepasan asap dan ujian brek serta meter laju bagi teksi bermeter.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Hanafi Mat mengenai keluhan pengusaha kecil kenderaan berhubung kos pemeriksaa­n kenderaan yang tinggi di Puspakom, beliau berkata kos pemeriksaa­n itu masih rendah.

Katanya caj bayaran yang ditetapkan bagi pemeriksaa­n di Puspakom tidak berubah sejak 2007, RM55 untuk teksi dan RM90 bagi kenderaan lori. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia