Utusan Borneo (Sarawak)

Jimat masa dengan Maybank Payroll Solution

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Melangkah ke hadapan dalam dunia yang semakin maju dengan pelbagai rangkaian digital, masa merupakan salah satu faktor utama yang perlu dititikber­atkan setiap perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) untuk kemudahan mereka terutamany­a dalam persekitar­an perniagaan yang sering berubah mengikut trend semasa.

Sehubungan itu, sistem atas talian Maybank Payroll Solution dapat menjimatka­n masa dengan sistem pemprosesa­n bayaran gaji automatik agar anda boleh terus fokus pada matlamat perniagaan anda.

Pada masa sama, sistem atas talian ini boleh mengurangk­an kos operasi, merendahka­n peristiwa kesilapan manusia dan meningkatk­an produktivi­ti perniagaan.

Bukan itu sahaja, PKS juga tidak perlu risau untuk menggunaka­n kemuda- han perbankan atas talian kerana Maybank adalah antara institusi kewangan yang mempunyai kawalan sekuriti yang terbaik untuk melindungi pengguna.

Contohnya, transaksi melalui Maybank2u Biz memerlukan pengesahan daripada dua pengguna yang dikenali sebagai ‘pemeriksa’ dan ‘pencipta’.

Selain itu, Maybank Payroll Solution bukan sahaja memanfaatk­an perniagaan tetapi juga prihatin dengan kakitangan.

Berita baik bagi anda yang mendaftar sebelum 31 Disember 2017 akan berpeluang memenangi percutian syarikat bernilai RM100,000. Selain daripada itu, nikmati empat bulan tanpa caj transaksi untuk bayaran gaji secara pukal melalui Maybank Autocredit System (MAS).

Ganjaran eksklusif diberikan untuk kakitangan seperti tiga bulan tanpa fi tahunan bagi kad kredit Maybank dan kadar istimewa untuk pembiayaan kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia