Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Singapura antara yang tidak ketinggala­n rai detik bersejarah

-

JOHOR BAHRU: Warga Singapura antara peminat keluarga diraja Johor yang paling awal tiba di luar Istana Bukit Serene untuk samasana merasai detik bersejarah Istiadat Pernikahan puteri Sultan Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim dengan warga Belanda Dennis Muhammad Abdullah.

Zaki Zakaria, 22, tidak dapat menyembuny­ikan rasa gembira dan teruja apabila menyertai warga media tempatan dan asing yang berkumpul di luar pintu gerbang untuk merakamkan gambar dan video peristiwa bersejarah itu.

“Saya mula meminati keluarga diraja Johor, lebihlebih lagi apabila bertemu sendiri dengan Tunku Tun Aminah di sebuah kafeteria di bandar raya setahun lepas.

“Baginda seorang yang ramah dan saya sangat suka peribadi baginda selain gaya fesyen yang sering digayakan Puteri Johor itu,” kata beliau ketika ditemui pemberita di luar Istana Bukit Serene, di sini pagi semalam.

Pelajar jurusan seni bina dari Temasek Polytechni­c itu, yang juga meminati keluarga diraja Britain itu, juga sering mengikuti perkembang­an semasa kedua-dua keluarga diraja berkenaan melalui media semasa dan dalam talian.

“Sejak selepas subuh tadi (semalam) saya yang ditemani ayah bergerak dari Singapura semata-mata untuk merakam detik bersejarah ini,” kata Zaki.

Kereta Rolls-Royce berwarna biru yang membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dilihat memasuki gerbang istana pada jam 8.45 pagi.

Kira- kira sejam selepas itu, kereta Rolls- Royce berwarna hitam yang membawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat memasuki istana.

Antara keluarga diraja lain yang mencemar duli menghadiri Istiadat Pernikahan puteri tunggal Sultan Johor itu termasuk Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah.

Turut kelihatan kereta yang membawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Tan Sri Mohamad Aziz. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia