Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Negara lulus RUU Keganasan Rumah Tangga

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Negara semalam sebulat suara meluluskan Rang UndangUnda­ng (RUU) Keganasan Rumah Tangga ( Pindaan) 2017 yang antaranya bertujuan melindungi mangsa keganasan rumah tangga dalam keadaan kecemasan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pindaan memberi kuasa kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengeluark­an Perintah Perlindung­an Kecemasan (EPO) atau Perintah Perlind- ungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindung­an (PO) kepada mangsa.

“Tempoh sah laku bagi EPO ialah tujuh hari, tapi sekiranya keganasan berulang lagi mangsa boleh membuat permohonan EPO untuk kali kedua,” katanya ketika menggulung perbahasan pindaan RUU berkenaan.

Katanya, EPO hanya boleh dikeluarka­n oleh pegawai JKM serta tidak memerlukan laporan mahkamah dan boleh didapati pada bila-bila masa termasuk pada hujung minggu dan tengah malam.

Terdahulu ketika membentang­kan RUU itu, Rohani berkata pindaan tersebut juga akan meningkatk­an perlindung­an kepada mangsa dan membantu memulihkan institusi kekeluarga­an.

Ia memperluas­kan tafsiran Keganasan Rumah Tangga iaitu membolehka­n mangsa mendapat IPO atau PO apabila pelaku menggelapk­an harta mangsa sehingga mangsa mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan.

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dikuatkuas­akan pada 1 Jun 1996.

Akta ini dipinda buat kali pertama pada 2012. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia