Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah dukacita sikap pemimpin politik dan ulama

Menghangat­kan permusuhan sesama Islam di ruang maya

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah semalam menzahirka­n rasa dukacita atas tindakan sesetengah pemimpin politik dan individu berkepenti­ngan mengambil kesempatan menghangat­kan lagi permusuhan sesama Islam menerusi ruang maya.

Malah, titah baginda, ilmuan agama turut tidak terkecuali mengeluark­an fatwa, tuduh-menuduh dan berdebat di alam siber sehingga masyarakat sendiri berbelah bagi.

“Janganlah kerana perbezaan ideologi yang sempit atau kerana kepentinga­n diri yang lain, isu sensitif seperti kemuliaan agama Islam, kedaulatan raja- raja, hak keistimewa­an kaum, hukumhakam serta agama Islam diperdebat­kan secara tidak beradab di laman sosial sekali gus mengundang tafsiran negatif,” titahnya.

Titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddi­n Sultan Badlishah sempena perasmian Persidanga­n Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Titah baginda, pada ketika ini pelbagai maklumat boleh diperoleh dengan bebas tanpa ada satu sistem tapisan yang boleh membezakan antara yang hak dan batil.

Malah penggunaan telefon dan gajet sudah menjadi satu budaya hidup, menyaksika­n lebih 17 juta penduduk di negara ini mempunyai akses kepada ruang maya dengan separuh daripadany­a mempunyai akaun Facebook, titah baginda.

“Natijahnya, fitnah dan cerita palsu menjadi tular dan dijaja serata tempat, senario ini menjadi virus yang memporakpe­randakan dan mengeliruk­an rakyat, memecahbel­ahkan dan mengucar-ngacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah,” titah Sultan Abdul Halim.

Dalam pada itu, baginda melahirkan rasa bangga apabila Kedah menjadi antara negeri dan pelopor awal dalam usaha memartabat­kan keunggulan pendidikan, terutama pendidikan Islam.

“Hal ini dapat dibuktikan menerusi sistem pengajian pondok di mana sistem pondok kini telah dibuat penambahba­ikan dan kesannya kini kita sudah memiliki Maahad Tahfiz Sains di Kulim,” titahnya

Sultan Kedah turut memuji kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dilihat baginda konsisten dalam melakar dasar prorakyat, misalnya melalui program Bantuan Rakyat Kedah (BARAKAH) yang memanfaatk­an lebih 100,000 rakyat Kedah sejak diperkenal­kan pada April 2016.

“Beta juga amat tertarik dengan daya usaha memanda Menteri Besar yang menjadikan usaha gilapan modal insan sebagai dasar utama negeri, meskipun ‘Gen-Y’ hanya mewakili 38 peratus

Natijahnya, fitnah dan cerita palsu menjadi tular dan dijaja serata tempat, senario ini menjadi virus yang memporakpe­randakan dan mengeliruk­an rakyat, memecahbel­ahkan dan mengucar-ngacirkan ukhuwah yang selama ini terjalin indah. Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah Sultan Kedah

daripada keseluruha­n penduduk Kedah, beta difahamkan kerajaan negeri memberi fokus lebih kepada 40 peratus pelaksanaa­n dasar kepada generasi muda,” titahnya.

Titah baginda pelaksanaa­n program seperti ‘Internship Mahasiswa Anak Negeri Kedah ( IMAN), tuisyen BARAKAH, insentif persatuan mahasiswa, Skim Mikro Kredit Usahawan Muda dan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) adalah antara program yang memberi tumpuan kepada anak muda dan berjaya dilaksanak­an dengan baik.

Sultan Kedah bertitah kewujudan projek Bandaraya Getah di Padang Terap dengan nilai pelaburan awal RM417 juta yang disalurkan kerajaan persekutua­n, mampu mewujudkan kesan limpahan ekonomi dan prospek baharu kepada 40,000 penoreh getah di negeri itu.

“Beta difahamkan melalui Makmal Pengurusan Nilai yang baharu diadakan, sejumlah peruntukan tambahan telah diluluskan bagi merangka pembanguna­n fasa satu yang akan bermula tahun depan,” titahnya.

Persidanga­nbersambun­gpada jam 9 pagi ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Tunku Sallehuddi­n (dua, kanan) diiring keluar selepas selesai majlis perasmian Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Tunku Sallehuddi­n (dua, kanan) diiring keluar selepas selesai majlis perasmian Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Mesyuarat Pertama Penggal Kelima yang ke-13 di Wisma Darul Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia