Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Pedu bimbang ancaman gajah liar

-

PADANG TERAP: “Semasa saya sedang menebas rumput di kebun buah saya, tibatiba saya terdengar bunyi tempikan gajah dan tapak kaki dari kawasan hutan berdekatan.

“Ini menyebabka­n saya lari ke atas bukit untuk menyelamat­kan diri. Nasib baik gajah itu tiba-tiba menghilang­kan diri di kawasan semak di kawasan hutan, ” kata seorang pekebun di Bukit Jaba, Pedu dekat sini, Ahmad Badli Judin, 43, yang diserang gajah dua bulan lalu.

Bagi Mohd Ridzuan Ahmad Radzi, 37, pula, ancaman gajah liar menyebabka­n beliau tidak berani memasuki kebunnya seorang diri kerana bimbang diserang.

Ancaman berlaku dengan kehadiran seekor gajah jantan liar yang merosakkan pokok buah-buahan mereka sejak dua tahun lalu.

“Dalam kejadian malam tadi (kelmarin), lima pokok buah- buahan saya seperti dokong, petai dan cempedak yang telah mengeluark­an hasil tumbang dan dipatahkan oleh gajah liar.

“Bukan sahaja pokok dan buah yang belum masak jadi sasaran, malah pondok kecil yang saya dirikan di dalam kebun dengan papan lapis, turut dilekangka­n oleh gajah liar tersebut,” kata pemilik kebun buah ini yang berkata serangan malam kelmarin merupakan kali keenam berlaku.

Beliau berkata, hasil pemerhatia­n penduduk pada kesan tapak kaki gajah itu, ia dipercayai dilakukan gajah jantan dewasa yang terpisah dari kumpulanny­a dan mencari makanan bersendiri­an.

Mohd Ridzuan berkata beliau memasang lampu yang mengeluark­an cahaya biru pada sebelah malam, namun tidak juga berkesan dan gajah itu terus menceroboh kebunnya.

Pengarah Perhilitan Kedah, Muhammad Ali Che Aman ketika dihubungi berkata tindakan tembak halau akan dilakukan pihaknya dari semasa ke semasa agar gajah berkenaan kembali ke habitat asal.

“Kita sedia maklum masalah itu dan sedang merancang untuk mengadakan perbincaga­n dengan penduduk bagi memasang pagar elektrik di antara hutan simpan (Pedu) dan kawasan kebun penduduk supaya gajah liar ini tidak lagi menceroboh dan mengancam nyawa mereka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUSNAH: Mohd Ridzuan Ahmad Radzi, 37, (kanan) dan Mohd Tajudin Hasan, 53, (tengah) menunjukka­n buah cempedak yang belum masak digugurkan oleh seekor gajah liar yang menyerang kebun mereka di Bukit Jaba Pedu semalam.
— Gambar Bernama MUSNAH: Mohd Ridzuan Ahmad Radzi, 37, (kanan) dan Mohd Tajudin Hasan, 53, (tengah) menunjukka­n buah cempedak yang belum masak digugurkan oleh seekor gajah liar yang menyerang kebun mereka di Bukit Jaba Pedu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia