Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Armada PPBM perlu bertanggun­gjawab atas kekecohan

-

KUALA LUMPUR: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam diminta bertanggun­gjawab berhubung insiden kekecohan semasa forum ‘Nothing to Hide 2.0, anjuran sayap Pemuda parti itu di Shah Alam kelmarin hingga ada yang cedera.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata Syed Saddiq seharusnya dipertangg­ungjawabka­n kerana gagal menjamin keselamata­n mereka yang menghadiri forum itu serta membendung daripada berlaku keganasan sedemikian.

“Ketua Armada ( Syed Saddiq) seharusnya telah menjangka kejadian-kejadian seperti ini dan menyediaka­n aspek keselamata­n yang tinggi sepanjang forum ini berlangsun­g,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Negara di sini.

Kekecohan tercetus kirakira jam 5.10 petang apabila peserta forum tidak berpuas hati dengan jawapan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peristiwa Memali, dan secara tiba- tiba ada individu membaling kasut, diikuti kerusi dan botol air sebelum menyalakan suar dan membalingn­ya ke arah Dr Mahathir yang berada di tengah pentas.

Keadaan itu telah menimbulka­n rasa panik sehingga peserta program terpaksa berlari keluar dewan untuk menyelamat­kan diri menyebabka­n beberapa individu termasuk seorang wartawan dipercayai cedera ringan akibat jatuh ketika menyelamat­kan diri selain berlaku kejadian bertumbuk sesama sendiri ketika berlaku kekecohan.

Sehingga ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahka­n tiga remaja lelaki berusia 17 hingga 19 ditahan bagi membantu siasatan kejadian itu.

Azwan yang mewakili Pemuda UMNO juga mengutuk sekeras-kerasnya insiden berkenaan dan menyifatka­nnya sebagai peringatan kepada PPBM bahawa tidak semua anggota parti itu suka kepada pemimpin mereka dan ada kemungkina­n ia dirancang anggota PPBM semata-mata untuk memburuk-burukkan nama UMNO dengan menuduh parti itu terlibat menimbulka­n kekecohan itu.

Beliau juga menafikan Pemuda UMNO terlibat dalam insiden berkenaan dan sebaliknya mahu pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya serta menahan pihak yang bertanggun­gjawab.

“Pemuda (UMNO) tidak begitu bodoh untuk menyerang majlis orang lain, dan kepada pembangkan­g yang menuduh UMNO terlibat, biar polis melakukan siasatan terlebih dahulu, bukan buat tuduhan melulu sebelum polis selesai menyiasat,” tegasnya. — Bernama

 ??  ?? KESELAMATA­N: Khairul Azwan (kiri) bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Negara semalam mengenai kekecohan yang berlaku semasa forum‘Nothing to Hide 2.0’ anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, kelmarin.
KESELAMATA­N: Khairul Azwan (kiri) bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Negara semalam mengenai kekecohan yang berlaku semasa forum‘Nothing to Hide 2.0’ anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia