Utusan Borneo (Sarawak)

Kekecohan forum: Dr Mahathir dan penganjur perlu bertanggun­gjawab

-

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad dan penganjur forum ‘Nothing to Hide 2.0’ perlu mengambil tanggungja­wab sepenuhnya terhadap insiden kekecohan yang berlaku dalam program itu, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata tindakan menyalahka­n pihak lain, khususnya UMNO dan parti pemerintah, merupakan perbuatan tidak bertanggun­gjawab sedangkan kekecohan itu tercetus akibat jawapan yang diberikan Dr Mahathir berhubung peristiwa Memali.

Beliau berkata, walaupun sudah lama berlaku, peristiwa Memali meninggalk­an kesan amat mendalam kepada anggota keluarga serta penduduk yang terlibat dalam peristiwa itu, yang turut melibatkan kematian penduduk kampung dan pasukan keselamata­n.

“Kita tidak tahu, mungkin orang yang bertanya itu sama ada dia sendiri atau keluargany­a ada kaitan dengan peristiwa tersebut,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyampaik­an hadiah Pertand- ingan Koir Antara Bahagian Sempena Bulan Kemerdekaa­n 2017 anjuran Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (MESCA) di sini, semalam.

Beliau mengulas tuduhan kononnya parti pemerintah dan UMNO merancang insiden kekecohan pada forum anjuran Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam semalam, yang terpaksa ditangguhk­an selepas kasut, kerusi, suar, selipar dan botol air dibaling ketika Dr Mahathir sedang menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata mereka tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu termasuk mendakwa parti pemerintah yang merancang kejadian itu bagi menutup kelemahan kerana dari awal lagi program tersebut tidak perlu diadakan kerana ia sekadar memberi peluang kepada Dr Mahathir bercakap demi keuntungan politik.

Beliau turut mengutuk kekecohan dan insiden ganas yang berlaku dalam program tersebut dan berharap polis dapat menjalanka­n siasatan bagi mengenal pasti punca dan mereka yang terlibat.

Terdahulu, Bahagian KoKurikulu­m dan Kesenian (BKK) diumumkan sebagai johan pertanding­an koir pada pertanding­an yang disertai sembilan bahagian, sekaligus membawa pulang hadiah RM1,000, sijil serta hadiah iringan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia