Utusan Borneo (Sarawak)

Politik gengsteris­me bukan budaya politik kita: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Budaya politik gengsteris­me bukan budaya politik yang diamalkan di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata insiden kekecohan pada sebuah program forum anjuran pembangkan­g kelmarin tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak sihat untuk politik negara.

“Untuk hari ke depan, kita ambillah iktibar daripada kejadian ini. Pertama, pastikan aspek keselamata­n diberi perhatian apabila menganjurk­an program.

“Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang. Ketiga, patuhi nasihat pasu- kan keselamata­n. Keempat, ingatlah politik gengsteris­me bukan budaya politik kita,” kata Salleh menerusi catatan pada laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kejadian yang berlaku di program Nothing to Hide 2.0 anjuran Angkatan Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Shah Alam, kelmarin.

Dalam pada itu Salleh turut menempelak pemimpin pembangkan­g termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mendakwa insiden itu didalangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya pun tidak tahu dari mana MB (Menteri Besar) Selangor mendapat maklumat sebegini cepat untuk menuduh PM (Perdana Menteri) dalang kejadian ini,” katanya.

Menurut Salleh pemimpin parti politik lain sepatutnya mencontohi kenyataan yang dikeluarka­n oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang menyatakan insiden itu mesti dikutuk dan tidak dipertahan­kan.

“Kenyataann­ya (Khairy) melampaui ( melangkaui) sempadan politik. Respons sebeginila­h yang saya harapkan juga daripada pemimpin parti lain, tetapi sayang sekali mereka berpolitik sepanjang masa, walaupun di saat kita dihadapkan dengan ujian ini,” kata Salleh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia