Utusan Borneo (Sarawak)

Falcao ledak hatrik, Neymar menyinar pada aksi sulung Ligue 1

-

PARIS, Perancis: Kylian Mbappe tidak langsung berada dalam skuad ketika Radamel Falcao menjaringk­an hatrik untuk kelab juara bertahan, Monaco, yang menewaskan Dijon 4-1 dalam aksi Ligue 1 Perancis Ahad lepas.

Jemerson juga menjaringk­an gol untuk kemenangan kedua berturut-turut Monaco selepas menewaskan Toulouse 3-2 minggu lepas.

Ia juga kemenangan liga ke14 berturut-turut, dari musim lepas, untuk menyamai rekod yang dicipta Bordeaux pada 2009.

Neymar membuktika­n kewajaran nilai perpindaha­n rekod dunia beliau apabila membuat penampilan sulung dalam Ligue 1 dengan menjaringk­an satu gol dan mengumpan satu gol ketika Paris Saint Germain (PSG) menewaskan En Avant Guingamp 3-0 di gelanggang lawan.

Neymar, penyerang antara- bangsa Brazil, menyertai PSG dengan rekod dunia perpindaha­n bernilai 222 juta euro dari Barcelona bulan ini.

Beliau mengumpan bola kepada Edison Cavani untuk menambah jaringan buat PSG selepas gol sendiri Jordan Ikoko membuka jaringan buat pasukan pelawat.

Cavani membalas dengan mengumpan bola kepada Neymar untuk melengkapk­an jaringan, lapan minit sebelum tamat permainan.

Rekod kehadiran penonton di Stadium Roudorou yang kecil diperbahar­ui dengan 18,378 penonton hadir untuk melihat penampilan sulung pemain termahal dunia itu.

PSG ketika ini di tangga kedua, di belakang Lyon dengan perbezaan gol sementara Monaco, di tangga ketiga juga dengan enam mata.

Namun ketiadaan Mbappe dalam kesebelasa­n utama Monaco hanya menambah lagi spekulasi di mana penyerang berusia 18 tahun itu akan meninggalk­an kelab dengan PSG dan juga Real Madrid mengintai peluang.

Monaco mahukan 180 juta euro jika ada kelab yang mahu membeli Mbappe.

Mbappe berada dalam skuad Monaco di Stade Gaston Gerard tetapi beliau tidak berjaya berada dalam senarai simpanan perlawanan ketika jurulatih Leonardo Jardim memberikan penampilan sulung kepada pemain sayap, Adama Diakhaby, yang dibeli dengan nilai 10 juta euro dari Rennes.

Tanpa Mbappe, Monaco tetap tidak mempunyai masalah apabila membuka jaringan seawal minit ketiga dengan tandukan Kamil Glik dari satu tendangan sudut disempurna­kan oleh Falcao.

Jemerson menambah jaringan dengan satu tendangan akrobatik sebelum Diakhbay mengumpan bola kepada Falcao untuk gol ketiga pada minit ke-37.

Wesley Said merapatkan kedudukan buat Dijon sebelum rehat tetapi Falcao melengkapk­an hatrik tidak lama selepas rehat.

“Ia adalah hatrik kedua saya bersama Monaco,” yang menambah ketiadaan Mbappe dalam skuad perlawanan adalah “keputusan kelab”.

“Monaco mempunyai ramai pemain bagus yang diburu beberapa kelab besar Eropah. Tetapi apa yang paling penting ialah setiap pemain memiliki kematangan untuk terus berlatih dan memberikan fokus untuk memenangi perlawanan.”

Pada perlawanan lain, Marcelo Bielsa mengalami kekalahan pertama beliau sebagai jurulatih Lille apabila tewas 0-3 kepada pendatang baharu liga, Strasbourg di gelanggang lawan.

Malang Bielsa bermula dengan kehilangan Thiago Mendes dan pemain pertahanan, Kevin Malcuit kerana kecederaan pada 18 minit pertama. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENAMPILAN PERTAMA: Neymar (kiri) bersaing dengan pemain Guingamp, Lucas Deaux ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Roudourou, Guingamp Ahad lepas.
— Gambar AFP PENAMPILAN PERTAMA: Neymar (kiri) bersaing dengan pemain Guingamp, Lucas Deaux ketika beraksi pada perlawanan Ligue 1 Perancis di Stadium Roudourou, Guingamp Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia