Utusan Borneo (Sarawak)

Daniel lupakan latihan muaythai buat sementara

-

TAWAU: Juara Remaja Dunia Muaythai, Daniel Fiedieans Maideh mahu berehat sementara daripada latihan sukan itu bagi memberi tumpuan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal didudukiny­a bulan depan.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Keramat berkata sekalipun mencatat kejayaan cemerlang dalam sukan, pelajaran tidak boleh diabaikan bagi menjamin masa depan.

“Saya mahu berikan keputusan terbaik demi membalas jasa ibu bapa, datuk serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap minat saya dalam sukan Muaythai,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau dari Kota Kinabalu, malam kelmarin.

Ketibaan Daniel, 12, disambut anggota keluarga serta guru dan penduduk kampung. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

Daniel berkata dia akan meneruskan latihan selepas selesai menduduki UPSR yang dijadual bermula pada 11 Sept ini.

Mesra dengan panggilan Olan dalam kalangan penduduk kampung, Daniel berkata dia mula menceburi sukan seni mempertaha­nkan diri semasa berusia enam tahun.

Namun katanya pada masa itu sukan pilihannny­a adalah tinju kerana terpengaru­h dengan datuk yang juga peninju amatur Sabah.

Bakat Daniel dalam sukan Muaythai disedari bapa saudaranya Faizanizan Kusin pada 2015 dan sejak itu dia menyertai Kelab Muaythai Tawau sebelum giat menyertai kejohanan peringkat daerah, kebangsaan dan seterusnya bertanding peringkat antarabang­sa buat pertama kali dalam Kejohanan Remaja Dunia Muaythai di Bangkok, Thailand pada 3 hingga 11 Ogos lalu.

Daniel yang bertubuh kecil itu berjaya mengejutka­n lawan yang jauh lebih besar untuk dinobatkan juara pada kejohanan tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Seorang pekerja kontraktor melakukan sentuhan akhir mengemaski­nikan lakaran maskot Sukan SEA KL2017 di venue sukan Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC)di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama Seorang pekerja kontraktor melakukan sentuhan akhir mengemaski­nikan lakaran maskot Sukan SEA KL2017 di venue sukan Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC)di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANGGA: Daniel menunjukka­n trofi yang dimenangin­ya ketika tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah tengah malam kelmarin.
— Gambar Bernama BANGGA: Daniel menunjukka­n trofi yang dimenangin­ya ketika tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah tengah malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia