Utusan Borneo (Sarawak)

ATM, polis kerjasama kawal keselamata­n sepanjang KL2017

-

KUALA LUMPUR: Lebih 1,000 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) bersiap sedia menjaga ketenteram­an dan keselamata­n sepanjang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) yang akan berlangsun­g 19 hingga 30 Ogos ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata ATM akan bekerjasam­a dengan pihak polis sebagai pasukan barisan hadapan bagi melakukan kawalan dan rondaan di 38 lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi memastikan keselamata­n rakyat dan negara berada pada tahap tertinggi sepanjang temasya itu. “Antara lokasi tersebut adalah KLCC, Bukit Bintang, KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan, Stadium Shah Alam, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Bangunan Putrajaya dan lain- lain lokasi yang dirasakan perlu untuk dipantau serta dikawal,” katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Kumpulan Siap Sedia ATM sempena Sukan SEA ke- 29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan. Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut. Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin.

Dalam pada itu, sebanyak 459 pegawai dan anggota Trup Siap Sedia Antikegana­san akan diletakkan dalam keadaan bersiap siaga di beberapa kem ATM sekitar Kuala Lumpur iaitu Kem Perdana Sungai Besi, Kem Wardieburn dan Kem Batu Kentomen yang akan bergerak ke lokasi- lokasi tertentu mengikut keperluan.

Dalam pada itu, lapan jenis aset ATM akan diatur gerak sepanjang temasya itu termasuk kereta perisai KJA Gempita dari pasukan 19 Rejimen Askar Melayu Diraja ( RAMD), Pesawat EC 725 oleh Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM) dan Pesawat Fennec oleh Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM). Sementara itu,????? lebih 2,000 anggota ATM akan terlibat dalam upacara pembukaan dan penutupan rasmi KL2017 sebagai petugas dan peserta persembaha­n.

“Bagi petugas mereka akan bertindak selaku pembawa bendera, pelepas kontinjen, penyusun kontinjen, pembawa bendera kejohanan, penaik dan pemecah bendera serta penugasan- penugasan lain bagi membantu melancarka­n pentadbira­n kumpulan petugas dan peserta persembaha­n.

“Manakala bagiagi peserta persembaha­n, mereka akan terlibat dalam persembaha­n kawad senyap, persembaha­n bahan p a n c a r a g a m , persembaha­n d r u m l i n e r dan lain- lain persembaha­n n padang,” katanya.ya.

KL2017 akanan berlangsun­g 199 hingga 30 Ogoss manakala Su- kan Para ASEAN pada 17 hingga 23 September dengan menyaksika­n penyertaan 11 negara Asia Tenggara. —

Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia