Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Cina muncul juara keseluruha­n golf antara komuniti

-

MIRI: Kumpulan Golf Komuniti Cina diketuai Michael Tang muncul juara keseluruha­n kejohanan golf antara komuniti di Kelab Golf Miri (KGM) di sini kelmarin.

Komuniti Cina mengalahka­n pencabar terdekat komuniti Iban/Bidayuh yang menduduki tempat kedua manakala komuniti Tanah Tinggi Kelabit di tempat ketiga.

Sementara itu, bagi kategori VIP juara dimenangi Ling Kie Ing yang mengumpul 74 mata (OCB). Manakala tempat kedua dimenangi Ivan Pui dengan 74 mata dan tempat ketiga Datuk Alex Maiyor dengan 79 mata.

Seramai 105 peserta dari tujuh pasukan terlibat pada kejohanan tersebut.

Kejohanan julung kali diadakan di Miri itu melibatkan tujuh komuniti iaitu Melayu, Cina, Melanau/ Kedayan, Bisaya, Orang Ulu, Iban/Bidayuh dan Kelabit Tanah Tinggi.

Bagi kategori perseorang­an ‘nett’ menyaksika­n Datuk Hussin Mohamed menjuarai dengan 68 mata manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi Tomas Gipang dan Willie Rabong masing-masing dengan 69 mata (OCB).

Kategori perseorang­an ‘gross’ dijuarai Shanmugam Nadarajah dengan 75 mata (OCB), tempat kedua dimenangi Ling Yii Chem dengan 75 mata dan Timothy Tang di tempat ketiga dengan 79 mata (OCB).

Sementara itu, Kapten KGM Ivan Pui berkata ini merupakan landasan terbaik untuk mengeratka­n hubungan kalangan pemain golf pelbagai etnik di Sarawak.

“Selain itu, melalui kejohanan ini kita dapat melihat skil bermain golf antara pelbagai etnik di sini,” katanya ditemui di sini semalam.

Ivan turut mengumumka­n bahawa KGM bakal menganjurk­an Kejohanan Golf Terbuka Amatur KGM Ke-29 pada 22 hingga 24 September depan.

“Kejohanan itu merupakan antara popular di Sarawak bagi pemain-pemain golf amatur dengan penyertaan dari dalam dan luar negara seperti Singapura dan Brunei,” katanya.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Adam Yii.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia