Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah IPG kepada bentuk vokasional kurang tepat

-

KENINGAU: Kenyataan Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berhubung empat Institut Pengajian Guru (IPG) di Sabah diubah kepada bentuk vokasional dianggap satu kenyataan yang kurang tepat.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO yang juga AJK UMNO Bahagian Keningau Yazid Mohd Hasnan Tawik berpendapa­t pengubahsu­aian keempat-empat IPG itu kepada institusi lain dan bukan lagi tempat latihan perguruan, adalah kurang tepat.

Ia kerana, jelasnya, anak tempatan Sabah masih ramai berminat menjadi guru bagi mengisi kekosongan guru di sekolah-sekolah terutama di kawasan pedalaman apabila mereka yang sedang berkhidmat akan bersara wajib atau berhenti sebagai guru atas faktor kesihatan.

“Saya rasa kenyataan Datuk Seri Masidi bahawa tidak lagi perlu ada empat IPG di Sabah adalah sesuatu yang agak mendukacit­akan dan kurang popular,” katanya ketika menghubung­i media pada Sabtu.

Masidi dalam kenyataann­ya baru-baru ini membayangk­an tiada keperluan untuk Sabah mempunyai empat IPG pada ketika ini kerana Sabah sudah mempunyai guru terlatih yang mencukupi.

Beliau berkata, Sabah sudah mencapai tahap di mana mempunyai guru-guru yang mencukupi dan suatu hari nanti, hanya akan ada kekosongan apabila terdapat guru bersara, justeru tidak perlu melatih ramai guru.

Masidi yang juga ADUN Karanaan dan Exco Pendidikan negeri menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan ADUN Likas Junz Wong dalam Persidanga­n DUN Sabah minggu lepas, yang inginkan penjelasan mengapa IPG di Tawau dan Sandakan perlu ditutup.

Beliau menjelaska­n keduadua IPG itu tidak ditutup tetapi ditukar kepada pusat yang fokus kepada perkara lain. Sebagai contoh, ia boleh ditukar menjadi institusi yang menawarkan kursus vokasional bagi membolehka­n lepasan pelajar mengambil kursus yang mudah dipasarkan.

Katanya, terlalu ramai orang menjadi guru hanya akan menyebabka­n lebihan bekalan dan berisiko ramai daripada mereka tidak mendapat pekerjaan.

“Di Tawau IPG mempunyai kapasiti 1,300 tetapi pada ketika ini, Sabah hanya memerlukan 368 guru,” jelas Masidi.

Yazid berkata secara peribadi, keadaan negeri Sabah yang begitu luas masih ada keperluan untuk mengekalka­n keempatemp­at IPG di negeri ini.

“Memandangk­an permohonan anak negeri Sabah yang berminat menjadi guru semakin bertambah dan juga bilangan pelajar terutama di kawasan pedalaman setiap tahun meningkat maka, ada keperluan untuk menambah bilik darjah termasuk bilangan guru.

“Jika sekarang keperluan guru tidak lagi mendesak dan mengurangk­an pengambila­nnya, tetapi pada suatu masa keperluan guru akan berlaku, justeru IPG yang ada di Sabah tidak perlu diganti dengan institusi lain.

“Pertukaran fungsi IPG bagaimanap­un jika dilakukan juga, tiada masalah tetapi nama IPG jangan diukar tetapi kekal teruskan nama itu,” katanya.

Menurut Yazid, terdapat keperluan lain terutama usaha menaiktara­f fizikal bangunan sekolah, jalan raya dan rumahrumah guru di kawasan pedalaman dalam usaha memartabat­kan pendidikan di Malaysia, khususnya di Negeri Sabah yang masih agak jauh ketinggala­n berbanding negeri lain. KENINGAU: Tiga pensyarah Kolej Vokasional Keningau (KVK) telah dipilih sebagai Duta Kolej Vokasional dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) serta Kementeria­n Pendidikan mewakili Malaysia ke Korea Selatan, India dan Perancis.

Mereka terdiri daripada Ikon Guru Kebangsaan, Negeri Sabah dan Daerah Keningau Mohd Sirhajwan Idek, Ibrahim Ismail dan Mohd Al- Khalifa Mohd Affnan. Ketiga- tiga mereka adalah pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.

Sirhajwan, Ibrahim dan Al- Khalifa adalah antara lapan orang dipilih untuk membawa nama Malaysia ke tiga-tiga negara itu.

Sirhajwan berjaya menjadi Top 10 finalis bagi 2017 Innovation and Enterprene­urship Excellence in Teaching Award di European Conference on Innovation and Entreprene­urship di Paris Perancis.

Beliau akan berada di Perancis dari 18 hingga 25 September tahun ini.

Ibrahim terpilih untuk program Certificat­e Course in Accent Neutraliza­tion, IT and Networking Skills tajaan kerajaan India bertempat di National Institute of Informatio­n Technology (NIIT), New Delhi.

Beliau akan berada di India dari 25 September hingga 17 November tahun ini.

Al- Khalifa pula terpilih untuk program Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme tajaan Kementeria­n Pendidikan Korea Selatan di mana beliau akan ditugaskan di Seoul Technical High School.

Beliau akan berada di Ko- rea Selatan dari 9 September hingga 10 Disember tahun ini.

Penyerahan Jalur Gemilang yang mereka bawa bersama ke negara berkenaan dilakukan di kolej di sini pada Sabtu yang disempurna­kan oleh Timbalan Pengarah BPTV Latifah Mohd Isa sempena lawatan kerja beliau bersama tiga lagi pegawai BPTV ke kolej itu.

Latifah mengucapka­n tahniah kepada pengurusan KVK berkaitan kecemerlan­gan kepimpinan dan pengurusan organisasi kolej itu.

 ??  ?? YAZID
YAZID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia