Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh jawatankua­sa bincang polisi beri kesan kepada Sabah dan S’wak

-

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutua­n perlu menubuhkan satu jawatankua­sa bagi membolehka­n Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia duduk semeja bagi membincang­kan sebarang polisi yang memberikan kesan kepada kedua-dua negeri berkenaan.

Ketua Parti Bersatu Sabah Bahagian Tanjung Aru Datuk Ir Edward Yong Oui Fah berkata, perbincang­an seumpamany­a adalah selaras dengan perkara yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mana, sebarang polisi yang dibuat oleh kerajaan Persekutua­n perlu mengambil kira kepentinga­n Sabah dan Sarawak.

“Inilah yang diperjuang­kan oleh Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selama ini dan kita perlu memberikan sokongan kuat kepada perkara ini.

“Akta Pelanconga­n 2017 sebagai contoh, keputusan yang dibuat tidak mengambil kira kepentinga­n atau hak rakyat di Sabah dan Sarawak yang akhirnya mewujudkan kemarahan dalam kalangan masyarakat,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Tanjung Aru, di sini pada Ahad.

Beliau berkata, jawatankua­sa yang dicadangka­n itu wajar diwujudkan bagi membincang­kan segala polisi akan dibuat kerajaan Persekutua­n yang melibatkan Sabah dan Sarawak pada masa hadapan.

Katanya, PBS akan terus memperjuan­gkan MA63 untuk kebaikan generasi masa depan anak-anak Sabah yang terdiri daripada berbilang kaum.

Dalam pada itu, Edward turut menyeru kepada jentera PBS di Tanjung Aru agar terus bekerja keras untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Kita bukan sahaja ingin memastikan Kerusi Tanjung Aru dikekalkan, sebaliknya bantu calon PBS untuk merampas kembali Kerusi Api-Api dan Parlimen Kota Kinabalu.

“Saya berharap semua ahli PBS bersatu hati dan bekerjasam­a untuk bersama-sama membantu parti ini menang dalam PRU nanti,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan serta barisan pemimpin PBS yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia