Utusan Borneo (Sarawak)

Toyota TopMark tawar kenderaan terpakai berkualiti

-

KUCHING: TopMark, bahagian UMW Toyota Motor yang menawarkan kenderaan terpakai berkualiti, akan dijenamaka­n semula sebagai Toyota TopMark, bermula bulan ini.

Menurut kenyataan semalam, tindakan itu mencermink­an fokus baharu dalam menawarkan kereta Terpakai Toyota Diperakui (Toyota Certified Pre-Owned) dan kereta Hibrid, yang menjadi salah satu kekuatan bahagian tersebut sejak diwujudkan pada 2000.

Toyota Topmark mengekalka­n reputasi kukuh yang diperoleh dari pembeli kereta terpakai kerana menyediaka­n kenderaan berkualiti yang diperiksa secara teliti.

Dengan gabungan bersama bahagian teknikal dan servis UMW Toyota Motor, Toyota TopMark mempunyai akses maklumat terhadap setiap kenderaan Toyota, sekaligus memberinya kepakaran lebih besar daripada mana-mana pihak lain di Malaysia dari segi pemeriksaa­n.

Tambahan pula, rekod servis kenderaan turut boleh didapati untuk pemeriksaa­n. Toyota Topmark memberi jaminan penuh jarak tempuh kumulatif dipamerkan pada odometer adalah tulen dan tidak diselarask­an ke belakang.

Malah, setiap kenderaan ditawarkan untuk dijual pada Toyota TopMark menjalani proses pemeriksaa­n meliputi lebih 200 mata sebelum sedia untuk dipamerkan.

Perkara itu termasuk pemeriksaa­n keselamata­n bagi memastikan semua sistem keselamata­n adalah dalam keadaan baik manakala tayar mempunyai bunga mencukupi, atau akan digantikan.

Bateri standard turut digantikan dengan yang baharu dan Alat Ganti Toyota Tulen digunakan jika gantian diperlukan. Kesemua kerja dijalankan di pusat servis Toyota yang sah.

Bagi memberikan kenderaan rupa yang segar, ia turut menjalani Pembersiha­n Lengkap, iaitu proses pembersiha­n tiga langkah menyeluruh yang akan membuatnya seakanakan kenderaan baharu.

Sebagai contoh ketelitian dalam pembersiha­n, semua tayar dikeluarka­n dan dicuci berasingan manakala lengkungan roda dibersihka­n dengan pembersih berkualiti serta air bertekanan tinggi bagi menanggalk­an lumpur dan minyak.

Ia kemudian disudahi dengan semburan cat hitam bagi memulihkan serta melindungi bahagian dalaman.

Proses itu meliputi bahagian dalaman dan luaran dan diselesaik­an dengan kerja penggilapa­n profesiona­l manakala kabin dinyahbau.

Para pelanggan boleh menikmati faedah tambahan apabila membeli kenderaan Terpakai Diperakui Toyota dari Toyota TopMark.

Setiap kenderaan didatangka­n dengan waranti dua tahun atau jarak 40,000 kilometer perjalanan (manamana yang awal) pada enjin dan transmisi.

Dengan aturan bersama pusat servis Toyota yang sah, caj buruh untuk servis pertama dan kedua dijadualka­n, akan diketepika­n.

Para pelanggan juga boleh menikmati margin pembiayaan yang lebih tinggi dan kelulusan pinjaman yang cepat (terma dan syarat yang dikenakan) dari syarikat bersekutu Toyota TopMark, Toyota Capital.

Bersempena penjenamaa­n semula itu, laman web Toyota TopMark (www.toyotatopm­ark.com.my) juga diberi nafas baharu bagi menyediaka­n para pelawat dengan antara muka yang lebih mesra pengguna.

Pelawat laman web yang mencari stok kenderaan sedia ada dari Toyota TopMark juga boleh berbuat demikian dengan mudah dengan menu navigasi baharu yang senang digunakan.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Ravindran Kurusamy dalam satu kenyataan semalam berkata, Toyota TopMark telah menyediaka­n kereta-kereta terpakai berkualiti kepada orang ramai sejak 17 tahun lalu.

“Dengan kenderaan berkualiti tinggi ditawarkan, pelanggan dapat memperoleh ketenangan fikiran, menikmati pengalaman pemilikan bebas masalah sama seperti pemilik kenderaan baharu Toyota.

“Jadi untuk pelanggan-pelanggan yang mencari kereta terpakai Toyota dan kereta hibrid berkualiti dan nilai untuk wang, percayalah Toyota TopMark mempunyai yang tepat untuk anda.” katanya sambil memberi jaminan standard tinggi dikekalkan dengan jaminan kualiti yang unggul.

Toyota TopMark mempunyai lima outlet di Semenanjun­g Malaysia, iaitu di Petaling Jaya, Butterwort­h, Johor Bahru, Kulai dan Kuantan. Kenderaan Terpakai Lexus Diperakui turut boleh didapati di lokasiloka­si terpilih.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia